Nuffnang Ads

February 15, 2019

Malindo Air to Hokkaido via Taipei





Nampaknya ada lagik satu option untuk terbang ke Hokkaido. Tapi travel time agak lama sebab ada transit kat Taipei. Harga promo pulak idok la murah pun. Kalo bawah RM1k, nak jugak ahkak rembat huhuhu.

February 14, 2019

Japan Winter 2018 : Day 4 - K's House Takayama Oasis

Dekat Takayama ni kitorang stay kat K's House Takayama Oasis.
Booking was done via K's House website : https://kshouse.jp/takayama-oasis-e/index.html
Kitorang amik bilik Japanese en-suite room for 3 person.
Harga bilik ni 21,060 yen untuk 2 malam. Bayar masa check-in. No deposit needed.
Masa booking, tak payah bayar apa2 tapi credit card information is required untuk guarantee the reservation.


Location hostel ni tak jauh dari Takayama station.


K's House Takayama Oasis ni adalah 2nd branch of K's House hostel kat Takayama.


Reception kat tingkat 2. Letih gak la nak angkut beg.


Ni kat tempat entrance.


Duit aku banyak terbuang kat vending machine ni huhuhuh


Ni kat tingkat 2.


Dekat tingkat 2 ni ada lounge, dining hall, kitchen, laundry area.






Ada heater bawah meja makan


Kelengkapan untuk memasak cukup lengkap. Ada dapur, microwave, periuk cerek semua ada.

Free coffee & tea









Hostel ni ada lift, tapi boleh masuk 2 org je at one time. Kecik bebeno ehhh.




Bilik kitorang kat tingkat 5.


Boleh tahan kecik bilik kat sini. Muat2 je utk bentang tilam 3 bijik. Tu pun terpaksa simpan meja tu dalam tempat gerobok tilam.
Lokasi tv pun tersorok kat satu corner. Heater plak jenis yg melekat kat one side. Sejuk beku masing2 time mlm.




Bilik air stendet size minimalist hotel jepun lah.


Dekat tingkat 6 ada rooftop terrace. View cantik dari atas ni tapi too bad kitorang pi time winter, tak dapat nak lepak santai kat sini.




Overall, bilik adalah so-so sahaja. Plus pointnye adalah bilik kali ni adalah ensuite room with bathroom. Takyah share bathroom dah. Tapi size bilik adalah kecik dan terasa cramp utk 3 org.

Facility wise, aku rasa K's House antara hostel yg ada facility yg cukup lengkap & lounge yg sangat cozy. Dalam trip kitorang ke jepun kali ni, bagi aku K's House ni lah yg terbaik dalam bab facility semua. Untuk trip ke jepun yg akan datang (insyaallah), aku akan consider untuk stay kat K's House lagik.

February 13, 2019

Japan Winter 2018 : Day 4 - Takayama

Lepas letak beg kat hostel, kitorang pi carik lunch kat salah satu kedai yang jual halal food kat depan Takayama station.
Sebenarnya tak pasti lokasi kedai tu so pusing2 jugak la kitorang.
Nama kedai ni Ekimaeken. Takde nama sebesar alam kat depan kedai tu yg kitorang penat carik padahal dah kat depan mata. Tapi dari luar takde ciri2 kedai yang jugal makanan halal.
Tapi sebab kedai ni dah ada dlm list Halal Navi, so aku gigih jugak pi masuk. Dah masuk dalam terus diorang hulur menu halal food.


Ada empat menu je. Aku order Hida Miso Ramen. Adik aku nak order vegetable rice bowl tapi nasi plak dah abis. So die amik Solt Taste ramen.

Sesambil dok tunggu makanan siap, aku dok roger2 BibieErr yang kebetulan ada kat Takayama jugak. Sempat jumpa dia kejap kat kedai ni.


Rasa miso ramen yang aku order ni sangat la tak menarik walaupun rupa tu nampak mcm best. Sangat tawar sampai aku terpaksa letak macam2 dalam tu nak kasik boleh telan sampai abis huhuhu.

Abis makan, aku start pusing2 Takayama sesambil nak tunggu masa untuk check-in.
















Around 3:30pm, kitorang balik semula ke hostel untuk check-in.


Settle check-in pastu lepak2 jap, kitorang keluar semula untuk ronda2 lagik. Sesambil tu mencarik konbini untuk tapau dinner.


Kitorang masuk jap kat Hida Kokubunji Temple.



Ada bell tower gates & triple pagoda kat dalam ni.




















Malam tu kitorang masak2 kat hostel. Bukan la masak apa pun, just beli nasi pastu panaskan lauk pauk Brahim + lauk pauk yang dibeli kat konbini.


Lepas makan, terus bertapa dalam bilik tak keluar2 dah.

End of day 4.