Campsite setempek tepi laut
Belakang campsite ni jalan nak naik ke kincir angin
Rumah putih kat belah belakang tu aku rasa rumah staffs
Campsite time malam ... lampu kecik2 je sekitar area tents
Ni iols punya khemah ... standard tent
Dapat khemah kosong jer ... takde sleeping bag takde ape .. pandai2 la adjust time nak tido nanti
Ruang sangat ok untuk sorang .. kalau berdua maybe agak cramped
Demi keselesaan, ahkak bawak alas siap2 ... malam2 sejuk banget
View dari depan khemah iols .. tak dapat full seaview
Shared toilets & shower rooms
Surau
Pondok reception
Paling penting, letrik dari 7pm to 7am saje .. sila charge gajet2 anda within that time
Extension cord ade disediakan
Ada cafe kat tepi campsite
Awatif Cafe
Harga makanan stendet pulau
View dari depan cafe tu adelah marveles
ABC yg meriah RM5 per cup
Kopok lekor pun ade ... harga RM5 utk 12 keping huhuhu
View sunrise depan campsite on the 2nd day
View sunrise on the 3rd day
View beach dari depan campsite
Same place, different day
Pondok jual air kelapa depan Awatif cafe
Ni sedikit review Awatif Campsite dari aku:
Lokasi di Long Beach, Perhentian Kecil
Campsite dekat sangat dengan jeti Long Beach ... jalan tak sampai 5 minit
Betul2 depan beach ... kluar khemah dah bleh terjun masuk laut
Belakang campsite ni jalan untuk naik ke kincir angin
Check-in check-out agak flexible ... aku sampai awal pagi around 7.30am dah bleh masuk khemah. Time balik pulak kalo nak naik boat kul 4pm, bleh lepak dalam khemah sampai time nak amik boat balik.
Khemah ada banyak size, depends on number of pax. Aku dapat standard khemah yg bleh muat dua orang. Ada jugak khemah besar yg boleh muat 4 pax.
Diorang provide khemah saje, takde sleeping bag segala. Aku bawak alas siap2 pastu baju2 semua gulung masuk travel bag organizer and jadikan bantal huhuhu.
Ada tali untuk gantung baju2 basah ditepi2 khemah. Tapi jangan la cacatkan pemandangan dengan gantung baju kecik & seluar kecik anda ^_^.
Ada 2 toilet & 3 shower rooms. Petang2 dah nak masuk maghrib tu queue nak masuk shower rooms agak panjang so bertabahlah.
Hari ke3 aku kat situ, satu toilet dah tersumbat so tinggal satu je yg bleh pakai.
Lepas hujan, air paip bertukar jadik air kaler teh tarik huhuhu
Surau hanya ada sejadah. Telekung & kain pelikat tidak disediakan. Sila bawak sendiri keperluan solat anda.
Ada dapur gas untuk sapa2 yg rajin nak masak. Part ni aku lupa nak amik gambo sebab dah terkebelakang sket dari khemah aku.
Kalau hujan, chances untuk air masuk dalam khemah agak tinggi T___T. First night hujan lebat sesangat sampai air masuk ikut tepi khemah aku. Khemah org sebelah aku siap bocor belah atas lagik.
Nyamuk agak berleluasa di waktu malam. Aku plak boleh lupe bawak insect repellent. Aku just make sure tiap kali kluar masuk khemah, aku zipkan pintu khemah tu. Bukan takat takut masuk nyamuk, tapi bugs lelain and mengkarung pun banyak dok berkeliaran situ.
Pasir banyak tul masuk dalam khemah. Rimas aku asyik kene sapu2 dalam khemah.
Malam adalah sangat sejuk. Aku tido dengan bersweater & berstokin bagai.
Lampu di campsite waktu malam tak banyak and dlm khemah mmg agak gelap. Better bawak torchlight just incase of emergency.
Disebabkan lokasi campsite ni adelah di Long Beach yg happening day & night, makanya sila bertabah dengan loud music sampai pukul 3,4 pagi.
Aku banyak makan kat Awatif Cafe. Setiap pagi ade jual nasik bungkus. Harga RM5.
Untuk lunch and dinner, ada jual makanan panas. Harga dari RM8 and above kalo tak silap.
Untuk sapa2 yg nak makan meggi dalam cup, air panas ade dijual dengan harga RM1.
Kat Long Beach ni boleh tengok sunrise saje, sunset tak nampak yer. Nak tengok sunset, kene cross pegi Coral Bay which is on the other side of the island. Kalo menapak dari campsite ni ade la dalam 10-15mins gitu utk sampai ke Coral Bay.
*nanti kalo ade apa2 yg aku missed out, aku akan tambah lagik
Untuk trip ni, aku amik camping package dengan @MyPerhentian. Untuk deal directly dengan Awatif Campsite, boleh contact no diorang dekat one of the pictures yg aku dah letak kat atas tu.
Overall tempat ni ok la untuk merasa camping style backpackers sesambil lepak santai kat tepi pantai. Facilities as a campsite aku rase dah cukup dah, maybe kalo diorang bleh tambah bilik air satu dua bilik lagik, then bleh cater ramai pax especially time peak season mcm skang ni.