Nuffnang Ads

February 26, 2019

Collect AirAsia Big Points & Enrich Miles via Booking.com

Aku adalah pengguna tegar Booking.com. Hampir semua accommodation yg aku stay sepanjang trips aku yg lepas2 adalah booked via Booking.com. Mostly sebab boleh book now and pay at the hotel, pastu boleh buat late cancellation without any charges. So aku suka flexibility  Booking.com ni. And yang paling penting aku boleh collect air miles untuk AirAsia & MAS, my two favorite airlines. So far, dah banyak air miles point yg aku collect untuk dua airlines ni thru Booking.com

Untuk collect AirAsia Big points via Booking.com, boleh follow link kat bawah ni:
https://www.booking.com/airasiabig



Untuk Enrich points pulak, guna link ni:
https://www.booking.com/malaysiaairlines


Dah masuk link tu, makanya korang boleh la buat booking macam biasa.
Air miles point akan tertera kat bawah price. Different price category with different air miles point.



Masa nak confirm booking nanti, akan ada option untuk masukkan no Big Loyalty ID / Enrich ID.

Air miles points ni akan dicreditkan dalam account kite few weeks after our stay.
Untuk trip aku ke Jepun haritu, AirAsia Big Points amik masa 6 minggu whereas Enrich miles around 2 months.

Ni Big Points yg aku dapat


Rezeki tersepak bilamana aku dapat additional 388 points sempena The Big Big Giveaway

Ni pulak untuk Enrich miles




So far aku mmg berpuas hati dengan air miles collected dari Booking.com ni. Tak penah lagik miss.
Skang ni target nak penuhkan tabung Enrich sebab Enrich miles aku dah tinggal sket jer. Harapnya dapat la rembat seketul tiket pegi mana2 yg affordable nanti.
Untuk Big Points plak, point aku dah cukup utk rembat tiket long haul trip. Cumanya bajet nak berjalan je tarak cukup lagik nih *increment ahkak bila nak dapat ni T____T*

Oklah itu sahaja yg aku nak share kali ni. Semoga memberi manfaat sedikit sebanyak untuk kengkawan kaki travel.

February 19, 2019

Japan Winter 2018 : Day 5 - Shirakawago from Shiroyama Observatory


Day 5 - 13 December 2018

Hari ni kitorang nak gi Shirakawago. Aku dah penah sampai Shirakawago back in 2015 tapi masa tu aku ikut J-Hoppers tour so masa untuk explore Shirakawago tu sangat singkat. Jadiknya untuk trip kali ni, kitorang akan pegi sendiri2 je takde ikut tour dah. Senang sket nak take our own sweet time.

Tiket bas dari Takayama ke Shirakawago boleh dibeli direct kat kaunter kat Takayama Nohi Bus Center, or boleh jugak dibeli online. Aku pilih untuk beli online sebab kitorang takut bus fully booked, maklumlah time winter kan. Shirakawago ni antara destinasi wajib especially in winter sebab view kat sana cantik banget.

Untuk tiket dari Takayama ke Shirakawago, aku beli kat sini:
https://www.nouhibus.co.jp/highwaybus/kanazawa_en/

Untuk tiket dari Shirakawago balik ke Takayama, aku beli kat sini:
https://www.nouhibus.co.jp/highwaybus/toyama_en/

Harga tiket 2,470yen per person one way. Aku beli sebulan awal. Just bawak je the printed ticket pastu tunjuk kat driver bas masa nak naik bas nanti.



Kitorang akan amik bas pukul 7:50am. So pagi tu cecepat breakfast & gerak pi bus center.

Tunggu bus kat stop no 4



Travel time dari Takayama ke Shirakawago around 1 hour. Bas mmg full pagi tu.
Dekat Shirakawago, bas akan berenti dekat Shirakawago Bus Stop. Aku lupa plak nak amik gambar depan bus stop ni.

Sampai je kat bus stop tu, terus pi toilet jap. Pastu pi kat information counter nak tanya kat mana nak amik shuttle bus untuk naik ke Shiroyama Observatory. Sebenarnya ada walking path untuk naik ke atas sana tapi untuk menjimatkan masa, aku rasa better naik shuttle bas ni je.

Untuk pegi ke tempat shuttle bus ni, keluar dari Shirakawago bus stop, belok ke kiri kat main road. Jalan sikit je nanti akan sampai tempat amik bas tu.

Ni lah tempat amik shuttle bus untuk naik ke Shiroyama observatory deck

Nama shuttle bus ni adalah Hakusan Taxi. Tambang 200 yen one way. Bayar terus kat driver masa nak turun nanti.

Shuttle bus schedule


Naik bas tak sampai 10 minit pun sebenarnya. Tapi ok laa jimat masa compare dengan nak naik ikut walking path sana.

View dari dalam shuttle bus

Dah sampai kat bus stop belah atas

Bus schedule untuk turun ke bawah

Menapak sikit je dari tempat stop shuttle bus ni, terus la jumpa observatory deck yg menjadik spot paling cun untuk amik gambar Shirakawago ni.


We were a bit kuciwa sebab snow tak tebal time ni. Padahal few days before kitorang sampai, snow memutih jer. I guess timing kitorang tak cun la kali ni. Then again, view tetap lah cantik.



Masa kitorang sampai ni, org masih tak ramai. So dapat la spend masa lama sket. Tapi yg tak berapa best nya kali ni, semua org takleh pegi betul2 dekat tepi pagar tu. Sebabnya ada repair works kat situ. Nampak ada dua tiga org workers tengah repair something.








Aku suka tengok snow-capped mountain kat belakang Shirakawago ni. Cantik sangat!!!




Dekat atas ni jugak ada souvenir shop & restaurant. Kitorang masuk tengok2 tapi mcm takde yg menarik. Plus harga pun agak kachinggggg. Aku akhirnya terjebak dengan beli seketul barang kat gashapon machine huhuhuh.


Dapatlah seketul beg cerut kecik. Sizenya ngam2 untuk wat letak henpon jer. Jadiklah kan.

Settle kat atas ni, kitorang dah berkira2 nak amik shuttle bus untuk turun bawah, sekali tengok ada tempat mcm best lak kat satu area ni. Pastu nampak mcm ramai lak org kat situ, so kitorang pun pi la nak tengok cemana view kat situ. Rupanya kat situ adalah starting point walking path utk turun pi bawah. Aku pun, eehhh jom lah kita menapak je. Jimat 200 yen. Sesambil tu snap2 pic lagik.


Tetiba dari jauh terdengar org panggil nama aku sambil gelak2. Hahahah rupanya si BibieErr tengah termengah2 mendaki. Dia baru sampai sebab dia tak dapat nak amik bas pagi mcm aku tadik. So kitorang sempat borak jap sambil aku pass barang yg dia kirim dari mesia. Pastu we say babai and proceed menapak sampai bawah.

Walking path untuk turun ke Shirakawago.

February 18, 2019

Unnie Doshirak by Eid

Pagi sabtu lepas aku singgah kat Cold Storage KLCC lepas membakar beberapa ratus kalori di KLCC Park. Sekali ternampak Encik Saad a.k.a tuan kedai Eid kat Bangi tu. Rupanya skang Eid dah supply lunchbox dekat Cold Storage. Banyak jugak menu yang diorang jual ni. Harga pun not bad laa.





Sempat borak sekejap dengan Saad. Katanya skang diorang tengah tunggu halal certification dari Jakim. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk diorang.
Aku ni dah lebih setahun tak pi kedai Eid tu, so untuk melepaskan rindu makan korean food, makanya aku beli lah satu dakganjeong lunchbox.


Ada ayam dua ketul dengan nasi goreng kat bawah tu. Sedap wehhh.

Mohon pihak Eid bagi lebih sket kimchi tu sebab sedapnya lahai ^_^

Pastu semalam lepas balik dari lari2 di KL, aku singgah kat Cold Storage Sunway Putra. Sekali ada jugak rupanya lunchbox Eid ni kat situ.


Nampaknya lepas ni kalau terasa nak berkorean food yg affordable, bleh la ahkak terjah Cold Storage ni jer. Nak makan kat KFry, poket ahkak tak brape nak tebal skang ni huhuhuhuh.

Info terkini pasal Unnie Doshirak ni boleh tengok kat Eid punya instagram yer:
https://www.instagram.com/eid.halal.korea.my/


Updated on 25/2/2019

Unnie doshirak dah ada kat Cold Storage Alamanda yer kengkawan.
Sapa2 yg dok area sana, sila la terjah yer.


February 15, 2019

Malindo Air to Hokkaido via Taipei





Nampaknya ada lagik satu option untuk terbang ke Hokkaido. Tapi travel time agak lama sebab ada transit kat Taipei. Harga promo pulak idok la murah pun. Kalo bawah RM1k, nak jugak ahkak rembat huhuhu.

February 14, 2019

Japan Winter 2018 : Day 4 - K's House Takayama Oasis

Dekat Takayama ni kitorang stay kat K's House Takayama Oasis.
Booking was done via K's House website : https://kshouse.jp/takayama-oasis-e/index.html
Kitorang amik bilik Japanese en-suite room for 3 person.
Harga bilik ni 21,060 yen untuk 2 malam. Bayar masa check-in. No deposit needed.
Masa booking, tak payah bayar apa2 tapi credit card information is required untuk guarantee the reservation.


Location hostel ni tak jauh dari Takayama station.


K's House Takayama Oasis ni adalah 2nd branch of K's House hostel kat Takayama.


Reception kat tingkat 2. Letih gak la nak angkut beg.


Ni kat tempat entrance.


Duit aku banyak terbuang kat vending machine ni huhuhuh


Ni kat tingkat 2.


Dekat tingkat 2 ni ada lounge, dining hall, kitchen, laundry area.






Ada heater bawah meja makan


Kelengkapan untuk memasak cukup lengkap. Ada dapur, microwave, periuk cerek semua ada.

Free coffee & tea









Hostel ni ada lift, tapi boleh masuk 2 org je at one time. Kecik bebeno ehhh.




Bilik kitorang kat tingkat 5.


Boleh tahan kecik bilik kat sini. Muat2 je utk bentang tilam 3 bijik. Tu pun terpaksa simpan meja tu dalam tempat gerobok tilam.
Lokasi tv pun tersorok kat satu corner. Heater plak jenis yg melekat kat one side. Sejuk beku masing2 time mlm.




Bilik air stendet size minimalist hotel jepun lah.


Dekat tingkat 6 ada rooftop terrace. View cantik dari atas ni tapi too bad kitorang pi time winter, tak dapat nak lepak santai kat sini.




Overall, bilik adalah so-so sahaja. Plus pointnye adalah bilik kali ni adalah ensuite room with bathroom. Takyah share bathroom dah. Tapi size bilik adalah kecik dan terasa cramp utk 3 org.

Facility wise, aku rasa K's House antara hostel yg ada facility yg cukup lengkap & lounge yg sangat cozy. Dalam trip kitorang ke jepun kali ni, bagi aku K's House ni lah yg terbaik dalam bab facility semua. Untuk trip ke jepun yg akan datang (insyaallah), aku akan consider untuk stay kat K's House lagik.