Nuffnang Ads

January 13, 2020

January 10, 2020

BBQ Lamb KL Kemensah


Tahun baru 2020 dimulakan dengan sesi makan2 bersama sahabat handai di BBQ Lamb Kemensah. Terima kasih banyak2 dekat member sorang tu sebab belanja kitorang sempana dapat bonus kaching $$$$$. Semoga bertambah rezeki anda, amin.

Plan makan2 ni agak adhoc, besok tengahari nak pegi, ptg tu lepas keje baru nak book segala. Nasib baik tuan punye kedai melayan baik. Booking was done via Whatsapp je. Diorang suruh bayar deposit RM50 for guaranteed booking. Just transfer deposit masuk bank acc diorang je. Then settle. Kitorang booking utk makan tengahari kul 12pm.

Jalan nak masuk tempat ni ya ampun sempit gilos. Mmg jalan muat sebijik keta je. Kalau bertembung dengan kete dari opposite direction tu, mmg kene himpit ke kiri kaw2 nye. Berpeluh2 aku drive time tu huhuhu.

Bila dah sampai kat tempat ni, parking plak dah penuh. Padahal kitorang sampai belum kul 12pm lagi pun. Terpaksa la parking kat tempat parking berbayar sebelah tempat org sewa ATV. Ada beberapa tempat parking berbayar kat kawasan BBQ Lamb ni so agak senang lah nak parking.
Dari tempat parking tu kene menapak sket la.

Pintu masuk kedai tu haaa kecik je sebelah motor parking banyak2 tu

Masuk dalam kedai, tengok dah ada 2 org customer tengah queue nak order. So kene beratur kejaplah tunggu turn kitorang.


Kitorang amik Mix Meat set dengan harga RM150. Mix meat set ni ada daging, kambing, ayam ngan itik. Tapi kitorang request tak nak itik , tukar dengan kambing. Set ni untuk 4 org. Order dan bayar terus kat situ. Siap mention kat diorang nak mintak meja yg bawah teduh, tak nak berpanas huhuhu.

 Nak walk-in pun boleh tapi maybe waiting time lama sket lah


Settle buat order, jom kita turun pi meja. Ada option sebenarnye samada nak amik meja dalam air, or nak meja kat atas. Macam 2 customer yg depan kitorang tadik, diorang amik meja atas sebab diorang bawak budak2. Meja atas ni adalah meja kat tepi2 sungai. Kalau duduk kat meja ni, still boleh turun sungai nak celup2 kaki semua.


Air jernih

Disebabkan kitorang sampai ni agak awal, customer masih tak ramai. Tapi tengoklah betapa panas berdenting nye kat tengah sungai ni. Seb baik la diorang bermurah hati nak bagi meja kat tempat teduh.

Ahkak enterframe sesekala

Aku ingatkan air sungai ni setakat paras buku lali je. Sekali, sampai lutut weh. Mmg lencun suar jeans ahkak. Seb baik dah bawak sluar spare. Dah la air agak deras. Kerusi tu kalo takde org duduk, mmg akan hanyut dibawa dek arus. 


Meja belah atas adalah meja yg bawah pondok sana  


Seronok kanak2 main buai 

Air teh ais free flow 

Meja sebelah 

Tempat bakar2 just sebelah meja kitorang 

Cuma satu je la yg aku kurang berkenan, ni ha gambar kat bawah ni. Salur air dari tempat basuh pinggan mangkuk tu menghala ke sungai betul2 sebelah meja kitorang ni. Agak rasa kurang proper disitu.


Lepas duduk kejap, diorang serve appetizer.


Dalam setengah jam nunggu, finally makanan sampai ke meja.



BBQ set ni diorang bagi 4 jenis sos dengan satu sup ape ntah tu. Mmg sedap ye bbq diorang ni. Nasi tu pun sedap. Kitorang layan borak sampai kul 2 lebih. Nasib baik lah takde limit masa.

Ni masa kitorang gerak nak balik, customer dah ramai

Overall, tempat ni OK. Makanan mmg ternyata sedap. Cuma kawasan tu takde la redup sangat so kesian la sapa yg dapat meja kat tengah panas. And then sebolehnye jgn la halakan air basuhan pinggan mangkuk tu ke sebelah meja customer.

More info pasal tempat ni boleh tengok kat sini :
https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/