Awal bulan haritu kitorang pegi camping 2d1n kat H&n Campsite kat PD. Ni adalah private campsite and booking is needed in advance. Kawan aku yg buat booking, katanya book thru FB campsite ni. Harga utk tapak khemah adalah RM45 sahaja. Lokasi campsite ni tak jauh dari Petronas Batu 4.
Tempat parking disediakan FOC tapi dinasihatkan bile dah masuk tu, takyah keluar dah sebab nanti susah nak dpt parking spot bila dah ramai org
Kitorang sampai awal so kene tunggu campers checkout dulu baru bleh start pacak khemah. Seb baik brother yg jaga campsite tu bawak kitorang carik spot yg best. Kebetulan ada satu family baru nak checkout, brother tu suruh kitorang amik that spot and cop tempat siap2. Campsite ni terletak kat area tanjung, so most tents akan dapat spot betul2 tepi laut. Kitorang bernasib baik dapat spot yg ngadap ke open sea.
Pukul 12 lebih lepas the previous camper left, kitorang start pasang khemah. Sebenarnya nak pasang khemah tu senang je sebab khemah aku jenis yg pop-up tent. Tapi yg sakitnya nak pasang flysheet tu. Berpeluh jugak nak bagi betul2 steady. Lepas lebih dari sejam baru lah settle pasang itu ini.
Camni je lah rupa paras camp setup kitorang. Sempoi jer. Khemah kitorang yg paling kecik kot kat situ. Orang lain semua tahap khemah bleh muat 7-8 org.
Lepas settle pasang khemah and angkut barang, terus lah start aktiviti masak campak2.
Syok jugak layan mee udon masak campak2 kat tepi laut yg tengah surut tu.
Petang tu kitorang menapak ke pasar malam Batu 4. Tapau makanan sket utk pre-dinner.
Petang tu jugak awan tetiba mendung macam nak hujan lebat je. Dengan angin yg kuat, cuak betul takut tercabut flysheet.
Hajat nak tengok sunset petang tu mmg tak kesampaian sebab langit mmg kelam penuh dgn awan hujan.
Dah nak masuk maghrib, terpaksa beratur panjang utk mandi. Air plak ada takde jer. Bab toilet ni la aku kureng sket sebab toilet hanya ada 2, bilik mandi berpintu ada 3, bilik mandi tak berpintu ada 2. Imagine la bila campsite ni fullhouse, mmg problemo sket la bab ni.
Memang penuh campsite masa aku pegi nih. Maklumlah org semua kemaruk nak keluar jalan2 amik udara luar lepas lama berkurung.
Malam tu layan meggi cup dengan sosej goreng plak. Memang makan je lah keje kitorang.
Sebelum masuk tidur, aku tengok air dah surut semula. Tapi tengah2 dok tido tu makin lama makin dekat bunyi ombak. Bangun subuh, tengok air dah pasang semula.
Time malam, some parts of the campsite mmg cerah sebab diorang ada pasang lampu. Diorang jugak ada provide power extension so sapa2 yg nak guna letrik kene bawak extension sendiri utk sambung kat power extension yg diorang provide.
Pagi tu sempat jalan2 tepi pantai sesambil mencari breakfast.
By 12.30pm, kitorang dah settle kemas2 and check out dari campsite.
Overall, aku suka location campsite ni. Cuma expectation aku a bit high bila katanya private campsite, ingatkan tak pack, sekali amik ko, mmg ramai jugak campersnya. Queue nak mandi/guna toilet boleh tahan la. Pastu air plak kejap ada kejap takde. Antara facilities lain yg ok is sinki tempat basuh pinggan mangkuk, diorang ada provide sabun basuh pinggan masuk sekali. Oh, lagi satu, tempat ni takde surau / tempat utk solat. Aku bajet most probably sebab semua bawak khemah gedabak yg mana nak solat dlm khemah is not a problem. Tapi utk kami2 yg khemah comel2 ni, rasanya kalau ada wakaf pun dah memadai utk dijadikan tempat solat.
Malam pulak agak bingit bilamana ada yg dok pasang lagu la apa semua, dan juga bising dari campers from nearby beach. Almost midnite kot baru aku terlelap.
Bagi aku, takat nak merasa camping kat sini ok la. Jangan letak high expectation.
Apa2 pun, we might be coming to this campsite again sometime next month!!! Hahaha.