Malu nak
ngaku tapi sebenarnya aku tak penah sampai Langkawi huhuhu. Maafkan ahkak yer
Biasalah
tempat sendiri kan, sentiasa la bertangguh nak pegi. Dok tunggu la, tunggu la,
last2 dah tua bangka baru nak jejak kaki ke sana.
Aku plan nak
pi sometime in August sempena birthday trip. Tema adalah bajet trip santai2
tengok pantai sesambil nyoping cekelat. Bajet adalah agak ketat sebab the month
after that aku ada another trip ke negara jiran. Jadiknya takleh nak berheaven
sangat. Harap2 aku tak rambang mata tengok cekelat nanti ^_^
Oklah ni
sikit sebanyak apa yg aku dah plan.
Transportation
Mode of
transportation paling cepat & mudah untuk ke Langkawi haruslah naik flight
kan. Tapi aku ni bila bab naik flight, aku slow sket unless kalo pi oversea. Nak2
pulak trip dalam negara sendiri ni kan. So untuk trip ke Langkawi ni, aku plan
nak naik ETS dan feri. Jauh perjalanan luas pemandangan gitu. And the fact that
aku jugak tak penah lagik naik ETS, makanya this is the best time utk try something
new (for me at least).
Untuk ke
Arau, aku plan nak naik ETS dari KL Sentral. Amik train pagi, sampai sana
petang. Booking utk tiket ETS boleh buat direct kat website KTMB http://www.ktmb.com.my/ktmb_ui/.
Easy peasy lah tak payah nak pi beli kat kaunter. Biasanya KTMB akan bukak
tiket sebulan awal.
Sampai Arau,
aku plan nak amik taxi / Grab utk ke jeti Kuala Perlis. Mengikut pembacaan aku,
tambang around RM22-RM27. So kat sini aku bajet max RM30.
Sampai kat
jeti Kuala Perlis, aku akan naik feri untuk ke Langkawi. Tiket feri ni boleh
beli online jugak. Aku dah survey harga tiket & schedule kat http://www.langkawiferryline.com/.
Feri ni
schedule dia agak banyak. Kalau aku amik feri pukul 4ptg, macam ngam2 je dengan
schedule train aku nanti. Sebenarnya aku dok pk2 takpe kot kalo aku beli tiket
kat sana jer nanti sebab aku pi bukan time peak season and time tengah minggu.
Macam chances utk tiket tu habis agak rendah kan.
Harga tiket
feri. Masih lagi harga mampu naik.
Okeh dah sampai Langkawi, tengah dok berkira2 nak sewa kete
ke cemane. Sebenarnya aku tak suka drive kat tempat aku tak familiar. Maybe aku
naik Grab jer lah nanti. Kata trip santai kan.
Accommodation
Since tema trip ni adalah trip santai ditepian pantai,
makanya accommodation haruslah kat tempat paling happening kat Langkawi which
is Pantai Cenang.
Rambang mata lak bila nak pilih tempat untuk stay ni. Aku
dok baca2 forum and ramai dok citer pasal Malibest Resort kat Pantai Cenang tu.
Dah many years sebenarnya aku dok layan citer org pi Malibest ni. Antara yg
menjadik tarikan adalah chalet yg kat atas pokok tu. Bila baca blog org, mmg nampak
syok weh layan view pantai dari atas treehouse tu.
Pic credit to www.escapetraveler.com
Makanya aku pun ape lagik terus lah google malibest resort deals and promotions. First thing yg menarik perhatian aku adalah swimming pool
tu. Wahhhh nampak sangat syok sebab swimming pool facing laut. I cannot imagine
how beautiful it is during the sunset. Haruslah view yg sangat marveles ni.
Pic credit to Traveloka.com
Nampak
tak betapa bestnya view dari swimming pool ni. Huwaaa ahkak tak sabar okeh.
Bila tengok rate, masih lagik dalam range mampu stay. Jadiknya resort ni dah
jadik top in my list. Location pun bagus sebab right smack along Jalan Pantai
Cenang yg happening itu. Aku dok tengok google streetview, Cenang Mall pun tak
jauh dari Malibest ni. Masih dalam walking distance so ok lah sesangat. Dah tu
nampak ada pulak kedai Warisan Duty Free tak jauh dari Malibest resort ni. Dah
terbayang2 betapa rambang mata nak memborong Corelle nanti.
What to do in Langkawi
Sebenarnya
bab ni aku lom pk sangat lagik. Sebabnya konon2 trip santai lepak tepi beaches
all day long sampai pitam huhuhu. Tapi kot2 kalo datang mood nanti, aku macam
nak join island hoping tour. Aku ada survey2 dalam klook.com, macam menarik lak
itinerary island hopping tour yg diorang offer.
Pic credit to Klook.com
Pic credit justgola.com
Tempat yg diorang cover ni menarik dan kene dengan jiwa aku.
Harap2 the crowd takde lah seramai dalam gambo kat atas ni. Jenuh ahkak nak
carik spot bagus nak amik gegambo nanti.
Pic credit to https://naturallylangkawi.my/
Haa nanti siap ada Street Parade kat Jalan Pantai Cenang tu.
Mmg cantik sangat lah tu. Dapatlah ahkak celebrate besday sesambil berparade
kat Pantai Cenang. I cannot wait J.
Pic credit to thepoortraveler.net