Nuffnang Ads

April 28, 2018

Planning a trip to Langkawi


Malu nak ngaku tapi sebenarnya aku tak penah sampai Langkawi huhuhu. Maafkan ahkak yer
Biasalah tempat sendiri kan, sentiasa la bertangguh nak pegi. Dok tunggu la, tunggu la, last2 dah tua bangka baru nak jejak kaki ke sana.

Aku plan nak pi sometime in August sempena birthday trip. Tema adalah bajet trip santai2 tengok pantai sesambil nyoping cekelat. Bajet adalah agak ketat sebab the month after that aku ada another trip ke negara jiran. Jadiknya takleh nak berheaven sangat. Harap2 aku tak rambang mata tengok cekelat nanti ^_^

Oklah ni sikit sebanyak apa yg aku dah plan.

Transportation

Mode of transportation paling cepat & mudah untuk ke Langkawi haruslah naik flight kan. Tapi aku ni bila bab naik flight, aku slow sket unless kalo pi oversea. Nak2 pulak trip dalam negara sendiri ni kan. So untuk trip ke Langkawi ni, aku plan nak naik ETS dan feri. Jauh perjalanan luas pemandangan gitu. And the fact that aku jugak tak penah lagik naik ETS, makanya this is the best time utk try something new (for me at least).



Untuk ke Arau, aku plan nak naik ETS dari KL Sentral. Amik train pagi, sampai sana petang. Booking utk tiket ETS boleh buat direct kat website KTMB http://www.ktmb.com.my/ktmb_ui/. Easy peasy lah tak payah nak pi beli kat kaunter. Biasanya KTMB akan bukak tiket sebulan awal.

Sampai Arau, aku plan nak amik taxi / Grab utk ke jeti Kuala Perlis. Mengikut pembacaan aku, tambang around RM22-RM27. So kat sini aku bajet max RM30.


Sampai kat jeti Kuala Perlis, aku akan naik feri untuk ke Langkawi. Tiket feri ni boleh beli online jugak. Aku dah survey harga tiket & schedule kat http://www.langkawiferryline.com/


Feri ni schedule dia agak banyak. Kalau aku amik feri pukul 4ptg, macam ngam2 je dengan schedule train aku nanti. Sebenarnya aku dok pk2 takpe kot kalo aku beli tiket kat sana jer nanti sebab aku pi bukan time peak season and time tengah minggu. Macam chances utk tiket tu habis agak rendah kan.


Harga tiket feri. Masih lagi harga mampu naik.


Okeh dah sampai Langkawi, tengah dok berkira2 nak sewa kete ke cemane. Sebenarnya aku tak suka drive kat tempat aku tak familiar. Maybe aku naik Grab jer lah nanti. Kata trip santai kan.

Accommodation

Since tema trip ni adalah trip santai ditepian pantai, makanya accommodation haruslah kat tempat paling happening kat Langkawi which is Pantai Cenang.

Rambang mata lak bila nak pilih tempat untuk stay ni. Aku dok baca2 forum and ramai dok citer pasal Malibest Resort kat Pantai Cenang tu. Dah many years sebenarnya aku dok layan citer org pi Malibest ni. Antara yg menjadik tarikan adalah chalet yg kat atas pokok tu. Bila baca blog org, mmg nampak syok weh layan view pantai dari atas treehouse tu. 

Pic credit to www.escapetraveler.com

Makanya aku pun ape lagik terus lah google malibest resort deals and promotions. First thing yg menarik perhatian aku adalah swimming pool tu. Wahhhh nampak sangat syok sebab swimming pool facing laut. I cannot imagine how beautiful it is during the sunset. Haruslah view yg sangat marveles ni.



Pic credit to Traveloka.com

Nampak tak betapa bestnya view dari swimming pool ni. Huwaaa ahkak tak sabar okeh. Bila tengok rate, masih lagik dalam range mampu stay. Jadiknya resort ni dah jadik top in my list. Location pun bagus sebab right smack along Jalan Pantai Cenang yg happening itu. Aku dok tengok google streetview, Cenang Mall pun tak jauh dari Malibest ni. Masih dalam walking distance so ok lah sesangat. Dah tu nampak ada pulak kedai Warisan Duty Free tak jauh dari Malibest resort ni. Dah terbayang2 betapa rambang mata nak memborong Corelle nanti.


What to do in Langkawi


Sebenarnya bab ni aku lom pk sangat lagik. Sebabnya konon2 trip santai lepak tepi beaches all day long sampai pitam huhuhu. Tapi kot2 kalo datang mood nanti, aku macam nak join island hoping tour. Aku ada survey2 dalam klook.com, macam menarik lak itinerary island hopping tour yg diorang offer.


Pic credit to Klook.com

Pic credit justgola.com

Tempat yg diorang cover ni menarik dan kene dengan jiwa aku. Harap2 the crowd takde lah seramai dalam gambo kat atas ni. Jenuh ahkak nak carik spot bagus nak amik gegambo nanti.

Dok carik info dekat website Langkawi Tourism, nampaknya tarikh yg aku nak pegi tu ada pulak event Langkawi Fest 2018.

Pic credit to https://naturallylangkawi.my/

Haa nanti siap ada Street Parade kat Jalan Pantai Cenang tu. Mmg cantik sangat lah tu. Dapatlah ahkak celebrate besday sesambil berparade kat Pantai Cenang. I cannot wait J.

Ok itulah saja plan aku setakat ni. As for trip back home, tengah dok pk nak balik naik train jugak ke or amik flight. Dalam hati macam nak naik train jer, tapi dok pk nak borong barang banyak nanti, kang susah lak turun naik feri, turun naik train. Will decide later. This time trip ni mmg kene kasik jadik sebabnya I kept postponing it for far too long. Tak sabar nak layan sunset kat Pantai Cenang. Fighting!

Pic credit to thepoortraveler.net


5 comments:

  1. baru p langkawi minggu lepas. Lama dah tak p,hehe.. jangan lupa p naik naik gondola, hehehe

    ReplyDelete
  2. saya pun ada keingin untuk ke Langkawi suatu hari nanti..

    alangkah bahagianya jika dapat pergi berbulan madu...

    alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  3. best dapat ke Langkawi. banyak kali dah pegi.. meriah luggage kalau balik.

    ReplyDelete
  4. kiranya ni birthday trip ya...kena kasi jadik..

    ReplyDelete