Nuffnang Ads

September 18, 2018

Jalan-jalan ke Matta Fair

Sebenarnya takde plan pun nak pi tapi sebab dah terpegi ke Sunway Putra Mall untuk lunch dihari kejadian, jadiknya aku gigihkan jugak la menapak ke PWTC.
Entry fees RM4 tapi ada discount RM1 untuk Enrich members.

Masuk je, terus pegi ke area international event hall. Booth JNTO, KTO sangat meriah. Sempat collect brochures untuk trip akhir tahun nanti. Pastu diorang tak kedekut nak bagi freebies and discount coupons.

I miss winter time 

Bon odori dance kat booth JNTO

Salmon cutting demo kat Apply Holiday booth

Trojan horse kat booth Turkey

Berbaloi jugak la terjah Matta Fair kali ni sebab banyak info aku dapat. Freebies pun melambak2 dapat.

Coupon book tu dah selamat aku pass kat BibieErr

Dapat seketul tote from KTO

Dan segala macam lagik freebies kecik2

Aku tak beli apa2 pun kat Matta Fair ni. Nampak jugak la ada pakej pulau yg menarik tapi bajet tak berapa nak ada makanya kita kiv dulu. Kalau ada rezeki, kita cuba lagi tahun depan, insyaallah.

5 comments:

  1. Saya rindu jalan-jalan di MATTA Fair. Pernah sekali saya beli ticket ke KL gara-gara untuk MATTA Fair. Tak beli apa-apa pakej tapi untuk dapatkan banyak maklumat dari sana. Nak dapat freebies dia juga..hehehe

    ReplyDelete
  2. Meriah dan seronok nampaknya MATTA Fair ni. Saya tak pernah pergi. Hopefully dapat pergi tahun depan sebab teringin juga nak tengok-tengok.

    ReplyDelete
  3. Meriahnya freebies....huhuu tak penah lg cheq terjah ke Matta Fair, jauh sangattt =")

    *nangis di tepi peti ais*

    ReplyDelete
  4. suka Matta Fair boleh collect macam2 kan hehe.. tahun ni tak dan nak pergi. jauh nak balik KL..
    tengok jela kawan2 yang pergi share =)

    ReplyDelete
  5. nampak best, dan belum berkesempatan lagi nak p. tahun depan kot.. insyaAllah

    ReplyDelete