Nuffnang Ads

March 08, 2019

Japan Winter 2018 : Day 5 - Pusing-pusing Takayama


Sampai kat Takayama, kitorang masuk Takayama JR station jap. Saja nak tengok cemana dalam station ni.



Ada satu hallway besar kat dalam ni full of cultural exhibitions.


One of the cultural items tu siap ada heat sensor weh. Elok2 je aku snap camera, terus bunyik alarm. Cecepat kitorang blah huhuhu.


Dari dalam station ni pun bleh tengok gunung ganang yg cantik nun kat sana tu.


Keluar dari JR station, kitorang singgah Family Mart beli lunch pastu balik hostel jap melepak sesambil rest kaki.


Petang tu kitorang sambung ronda2 Takayama lagik.



Suka tengok bangunan lama kat the old street ni




Kedai ni ada signboard 'Halal Friendly' 




Jalan2 pastu jumpa lagik satu temple.

 Shinshuotaniha Shoren Temple


Kitorang jalan sampai hujung one of the main street kat Takayama tu. Sebab utama adalah dari jauh lagik aku nampak ada satu temple dgn bumbung yg agak eye catchy.

One of the many temples kat Higashiyama



Area ni banyak temple sebenarnya. Ada walking course naik ke atas lagik. Tapi kitorang tak pegi lah sebab time tu dah gelap. Pastu tengok weather forecast mlm tu expected akan ada snowfall so gelap dia lain mcm sket.

Walking path untuk naik ke atas bukit sana



Houses across the temple

Abis pusing2 kat sini, kitorang terus menapak balik bilik. Dah start sejuk melampau2 dah time tu.
Malam tu dinner kat hostel jer.

Sedap betul ikan mackerel 7-11 tu

Lepas dinner tu ingatkan nak melepak bawah selimut sesambil layan tv je & packing. Tetiba aku rasa mcm nak gi jenjalan Starbucks plak, kot2 la ada menda yg menarik boleh dibeli hhehehehe. So terus siap2 keluar dalam sejuk beku tu. Aku sebenarnya mcm teringin nak beli tumbler/mug Starbucks sebab Japan punye Starbucks merchandise ni ada version by region.
https://www.starbucks.co.jp/goods/?nid=mm

Starbucks Takayama ni letaknya on the other side of Takayama station. Kene menapak jauh sket tapi still walkable dari hostel kitorang tu. Masa tengah menapak ni dah ada snow turun sket2.

Dah sampai area Starbucks tu, aku nampak ada grocery shop plak across the street. So kitorang pegi kedai grocery tu dulu, saja nak tengok2 je sebenarnya.


Dalam nak tengok2 je tu, kitorang sempat memborong cekelat Meiji. Murah bebeno compare dengan harga kat konbini. Pastu sempat jugak beli satu peket strawbery gedabak.


 Settle memborong kat situ, terus cross the road pi masuk Starbucks plak.


Masuk dalam Starbucks tengok2 merchandise tapi tak berapa menarik lah pulak. Yg region ada yg Gifu punye tapi design tak cantik. So tak jadik lah beli. Keluar Starbucks pastu terus balik hostel.

Malam tu kitorang dah start kemas2 barang sebab besok dah nak check-out. Sesambil tu dok intai2 kat tingkap kot2 la ada snowfall ke, nak jugak pi main2 dlm snow kan. Tapi sampai ke sudah mmg takde snow lebat turun huhuhu.

End of day 5.

1 comment:

  1. rindu strawberry jepun yang gemok-gemok dan manis maniss

    ReplyDelete