Nuffnang Ads

October 31, 2019

Airlines pilihan

Bila dah lama tak berjalan ober the sea ni, mula la tangan gatal2 dok ketik2 mouse mencarik destinasi yg nak dituju walaupun tabung ayam belum sampai suku pun huhuhu.

Sebenarnya aku ada plan nak gi ronda2 Europe lagi sekali. Tunggu kewangan stabil sket baru bleh proceed. Sesambil tu aku gigih la jugak usha tiket flight. Seboleh mungkin nak carik yg murah dan best (well who doesn't kan).

Wengen in late winter

Untuk trip ke Europe kali ni, aku dok usha Qatar Airways. Aku selalu tengok at times tiket Qatar ni mmg murah weh. Sebagai contoh aku cuba book Qatar Airways flight tickets dekat Traveloka.


Nah, murah kan tiket time cuti sekolah ke Zurich. Ni kalo tak pk panjang, mmg dah zassss beli dah ni. Seb baik lah ahkak masih sedar diri. Takkan lari Swiss dikejar huhuuhu.

Aku tak penah lagik naik Qatar Airways so nak jugak la merasa kan. Lagipun bila dengar2 cerita org, Qatar Airways ni not bad. Makanan sedap, in-flight entertainment bagus, checked in luggage plak dapat 30kg. Boleh ahkak buat side income jadik personal shopper kan huhuhu. Ada sapa2 nak kirim handbag sila angkat tangan yeh. Ahkak nak singgah outlet kat Foxtown nanti. Gituhhh. Semoga menjadi la trip mega yg satu ni.

Selain dari Europe, aku jugak ada berhajat nak repeat New Zealand. Bagi aku NZ ni antara tempat yg tak rugi nak repeat berapa kali pun sebab view kat sana sangat cantik. Takleh nak explain in words sebenarnya. You just have to experience it yourself.

Azure water in Lake Pukaki

Bird's eye view of Lake Wakatipu

Aku agak sedikit kecewa bilamana AAX dah stop flight ke NZ. Dah tak dapat nak merasa naik flight murah. Terpaksa carik airlines yg lain yg semestinya agak mahal la kan T___T.

Anyhow, kalau dimurahkan rezeki, aku tingin nak ronda South Island and a little bit of Wellington. Sebenarnya aku agak terkilan sebab masa pegi dulu aku tak sempat nak jalan2 kat Wellington. Masa tu aku sampai Wellington dah malam and then pagi the next day tu aku terus kene naik feri ke Picton. Ikutkan bleh laa nak jalan time mlm tu tapi badan dah sgt penat lepas 11 hours of train ride dari Auckland so plan nak jalan2 kat Wellington terus berkubur begitu saje. Bila dah balik tu baru la rasa mcm ruginya tak ronda2 Wellington T___T. Since that day aku dah promise myself nak kene repeat NZ. Target aku nak pi time autumn which is in April. Nak jugak merasa autumn in southern hemisphere kan. Asyik repeat autumn kat korea jepun je mana aci huhuhuhuh.

Arrowtown in autumn *photo credit to encik google*

So aku pun dok belek2 airlines punye website. Turns out Singapore Airlines ada flight pegi Wellington la chuols. Cumanya kene transit kat Auckland lah. Aku cuba book Singapore Airlines online and bila tengok harga tiket mmg not bad sebenarnya. Nak2 plak route yg aku amik tu adalah multi-city route.


Harga mmglah agak mahal kalo nak compare dengan other low cost airlines yg terbang pi NZ kan tapi untuk route yg jejauh camni, mmg best kalo dapat naik premium airlines. Lagi pulak Singapore Airlines ni one of the best airlines jugak kan. Semua tip top bak kate omputih jadi mmg berbaloilah dengan harga yg dibayar. Aku personally belom penah naik Singapore Airlines tapi bila tengok ada route menarik yg masuk dlm bucket list aku, rasa keterujaan untuk try tu mmg ada. Hopefully the route will still be available bila mana aku dah ready nak take this trip. Bila tu tak pasti tapi semestinya selepas trip Europe lah yer.

Dalam dok berangan trip mega semua, ada jugak trip tak berapa nak mega yg aku dah lama dok plan tapi tetaplah tak jadik. Salah satunya adalah train trip ke Chiangmai. Dah beberapa tahun masuk list tapi asal nak beli tiket je, ada saje lah menda yg menghalang aku nak proceed with the trip. Ikutkan nak pegi in December tapi alahai bajet ku dah lari ke laut lepas. Postpone lagik ke tahun hadapan la jawabnye.

Pic credit to Google

Plan asal aku nak buat roundtrip train dari KL ke Chiangmai and back. Tapi bila pk balik mmg kene amik masa yg agak lama nak abiskan trip ni sebab naik train one way saja dah berapa hari. Pastu kene consider masa untuk jalan2 kat Chiangmai lagik. Busuk2 seminggu laa jugak. Lepas pk2, aku rasa maybe aku bleh start the train journey dari Bangkok instead. Dari KL ke BKK aku amik flight saje. Kebetulan plak Enrich miles aku dah makin banyak terkumpul so marilah kita godek2 MAS online booking.



Harga not bad lepas aku utilize Enrich miles tu. Aku mmg prefer naik MAS sebenarnya sebab selesa kan.  Lagi satu MAS ni ada option untuk upgrade seat with minimal fees. I remember few years back aku travel ke KK naik MAS. Dari KL ke KK aku amik normal economy seat, dari KK ke KL aku upgrade ke bisnes class. Tapi yg best tu masa nak naik flight dari KL ke KK, diorang dah siap2 upgrade aku ke biz class. Wahhh iols mmg happy lah kan. Jarang tau dapat free upgrade camnih. Makacih MAS, iols lap u.
Seterusnya dari BKK ke Chiangmai and back barulah aku plan nak amik train. Perasaan nak naik long distance train makin membuak2 bila tengok new show 'Trans-Siberian Pathfinders' dekat channel tvN huhuhuhu. Feeding my wanderlust sangat show tu.

Ok laa enuff of the ramblings for now. Aku ni bila masuk bab plan trip mmg takkan abis punye. Ada je trip nak masuk dalam bucket list. Cumanya bila nak make it happen je tak tau huhuhu.

Oh, did u guys know, AAX is opening another new route???!!!! Yosshhh kita ke Okinawa plak!


6 comments:

  1. antara airlines yang teringin nak naik jugaa..
    kena saving banyak nak p Europe..

    ReplyDelete
  2. suka naik qatar .. sebab best .. transit kat doha pun best ..

    ReplyDelete
  3. Selalu guna farecompare.com utk cari tiket paling murah sambil2 gugel qatar, emirates, etihad dll..

    ReplyDelete
  4. Airlines paling saya suka memang Qatar. Actually boleh dapat lagi murah. Saya nampak RM1,990 untuk Qatar ke Zurich tapi untuk bulan November tahun ini.

    ReplyDelete
  5. seronok juga ya tukar-tukar airlines ni.... lain rasa dan pengalamannya. Mudahan Allah memperkenankan dan mempermudahkan perjalanan dan impian Azra. Aamiin

    ReplyDelete