Nuffnang Ads

November 05, 2019

Runcation Utara : Day 3 - Jalan dan makan di Hatyai Part 2

Lepas tido seround, perut dah start bunyik2. Bangun pastu terus siap2 nak kuar carik lunch. Sebelum tu aku nak terjah Hatyai Junction jap sebab aku penah baca kat blog mana ntah yg kita bleh beli advance tiket untuk ke Padang Besar. Motif utama adalah aku takmo bangun awal pegi besok untuk queue beli tiket kul. So kalau dapat beli tiket sesiap, idok la aku kene kuar awal sangat kan.


Masuk kat area ticket counter, tapi takde nampak kaunter yg bukak untuk Advance Ticket.


Ok lah pasrah. Beli tiket besok je lah nampaknya. Dah, kita gi carik lunch plak


Aku nampak restoran halal yg betul2 kat dalam train station ni. Malas nak carik tempat lain, maka nya aku masuk makan kat sini je.

 Harga makanan agak pricey.



Aku order teh o limau dengan nasi putih + telur goreng dengan ayam. Semua sekali 100baht.


Elok2 nak kluar dari Hatyai Junction, hujan lebat plak. So melangok dulu kat dlm station sesambil tunggu hujan reda sket.

Hotel ni betul2 kat entrance Hatyai Junction

Bila hujan reda sket, aku keluar ronda2 lagik.

Terjumpa kedai muslim tak jauh dari hostel  






Kedai halal lagik 



Dulu hotel ni adalah Tune Hotel Hatyai 

Warna warni 


Sekali lagi hujan turun lebat tak hengat.


Abis basah lencun sebab aku dok berteduh kat kaki lima kedai. Tunggu dalam 10 minit tapi hujan takde tanda2 nak berenti so aku pun bukak payung pastu slow2 menapak balik hostel.

Petang tu aku keluar carik dinner. Target kali ni adalah kedai Kai Tod Decha. Hujan blom stop so kita redah sajelah.


Meriah betul kedai ni dengan pengunjung yg tak putus2. Nasib baik kedainya besar pastu seating place banyak.



Aku order teh ais dengan pulut ayam.


Sememangnye sedap lah ayam tu. Sos tu pun sedap. No wonder org tak putus2 datang sini. Total kos sini 95 baht saje.

Depan kedai 




Sebelum balik hostel, aku terjah area Lee Gardens lagi sekali. Disebabkan hujan jadiknya takde mood nak membeli dah. Setakat cuci mata je la.

Antara kedai yg menjadi tumpuan org ramai.  

 Comel jah beg kat atas tu. Perhaps next time.

Hujan masih tak berenti

Balik hostel terus kemas2 pastu tarik selimut. Besok pagi nak kene bangun awal sebab nak amik train kul 7:30am balik Padang Besar.

End of day 3.

1 comment:

  1. Thanks kongsi semuanya. Food kat sana memang menyelerakan

    ReplyDelete