Nuffnang Ads

May 15, 2018

From KL Sentral to Subang Airport via Skypark Link


Skypark Link adalah new train service by KTMB menghubungkan KL Sentral dengan Subang airport. Aku sempat merasa naik train ni utk ke Subang airport minggu lepas. Train service ni baru start 1/5/2018 dan sekarang ni diorang bagi free ride for 1 month.


Train station kat Subang airport tu namanya Terminal Skypark. Dari KL Sentral ke Terminal Skypark ni, perjalanan amik masa 30 minit with a quick stop kat stesen Subang Jaya.


Sekarang ni kekerapan train takde cun sangat so kene plan awal2 nak naik train kul brape. Mengikut news, start 1/6/2018 kekerapan train adalah sejam satu train.


Dekat KL Sentral, kene pegi ke Gate D untuk naik Skypark Link. Pastu turun ke Platform 3. Kalau tak pasti, boleh tanya habang2 KTMB yg dok jaga dekat tepi gate tu. Since masa aku naik ni still in free ride phase, diorang bagi aku pass thru gitu je takyah pakai token ape semua. Tapi masa balik ke KL Sentral dari Terminal Skypark, semua passenger kene amik token dulu kat kaunter.






Skypark Link ni ada 3 gerabak. Train yg aku naik ni jenis seat facing each other. Mengikut info dari staff KTMB, ada jugak train yg seat 2-2 macam train biasa.



Pada setiap penghujung train, ada tempat duduk Priority Zone utk org tua, OKU, wanita & kanak2. Tempat letak bagasi pun dekat area ni jugak



Ruang train agak selesa dengan seat face-to-face gini. Senang untuk org yg bawak luggage besar.


Ada free wifi dalam train ni.



Train gerak on time. Layan view along the way.




Dah sampai Terminal Skypark. Train stop kat Platform 2. Besar jugak station Terminal Skypark ni.










Terminal Skypark ni letaknya kat seberang jalan depan Subang airport tu. Dari sini, ada covered walkway untuk ke jejantas depan airport.




Jalan lenggang kangkung 5 minit dah sampai kat jejantas utk cross pegi airport. Kat jejantas tu ada lift so jgn risau kalau bawak beg gedabak.


Aku naik tangga je sebab ramai plak queue nak naik lift.



Dah sampai Subang airport.



Okeh jom cuti-cuti post pru!


Bagi aku, sangat convenient bila ada train direct dari KL Sentral ke Subang airport ni. Harap2 jangan la KTMB buat pe'el lama train delay lah, train kensel lah, retime lah semua. Nak2 plak ni train to/fro airport whereby semua org rushing nak kejar flight kan.

Sementara tengah free ride ni, marilah kita ramai2 try this train service.

2 comments:

  1. wow..best..tu la, heharap ktm ni toksah dok spoil org nak naik fligt..hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..utk kemudahan rakyat marhaen...dah lama tk ke Subang airport..

    ReplyDelete