Nuffnang Ads

July 18, 2017

Awatif Campsite, Long Beach Perhentian Island

Trip ke Pulau Perhentian dua minggu lepas aku stay kat Awatif Campsite. Bajet nak camping tepi pantai lah konon2 nya. Meh aku nak bagi review sket pasal campsite ni.

Campsite setempek tepi laut


Belakang campsite ni jalan nak naik ke kincir angin




Rumah putih kat belah belakang tu aku rasa rumah staffs

Campsite time malam ... lampu kecik2 je sekitar area tents

Ni iols punya khemah ... standard tent


Dapat khemah kosong jer ... takde sleeping bag takde ape .. pandai2 la adjust time nak tido nanti

Ruang sangat ok untuk sorang .. kalau berdua maybe agak cramped

Demi keselesaan, ahkak bawak alas siap2 ... malam2 sejuk banget

View dari depan khemah iols .. tak dapat full seaview

Shared toilets & shower rooms

Surau

Pondok reception

Paling penting, letrik dari 7pm to 7am saje .. sila charge gajet2 anda within that time

Extension cord ade disediakan

Ada cafe kat tepi campsite

Awatif Cafe

Harga makanan stendet pulau

View dari depan cafe tu adelah marveles


ABC yg meriah RM5 per cup

Kopok lekor pun ade ... harga RM5 utk 12 keping huhuhu

View sunrise depan campsite on the 2nd day

View sunrise on the 3rd day

View beach dari depan campsite

Same place, different day

Pondok jual air kelapa depan Awatif cafe


Ni sedikit review Awatif Campsite dari aku:

Lokasi di Long Beach, Perhentian Kecil
Campsite dekat sangat dengan jeti Long Beach ... jalan tak sampai 5 minit
Betul2 depan beach ... kluar khemah dah bleh terjun masuk laut
Belakang campsite ni jalan untuk naik ke kincir angin
Check-in check-out agak flexible ... aku sampai awal pagi around 7.30am dah bleh masuk khemah. Time balik pulak kalo nak naik boat kul 4pm, bleh lepak dalam khemah sampai time nak amik boat balik.
Khemah ada banyak size, depends on number of pax. Aku dapat standard khemah yg bleh muat dua orang. Ada jugak khemah besar yg boleh muat 4 pax.
Diorang provide khemah saje, takde sleeping bag segala. Aku bawak alas siap2 pastu baju2 semua gulung masuk travel bag organizer and jadikan bantal huhuhu.
Ada tali untuk gantung baju2 basah ditepi2 khemah. Tapi jangan la cacatkan pemandangan dengan gantung baju kecik & seluar kecik anda ^_^.
Ada 2 toilet & 3 shower rooms. Petang2 dah nak masuk maghrib tu queue nak masuk shower rooms agak panjang so bertabahlah.
Hari ke3 aku kat situ, satu toilet dah tersumbat so tinggal satu je yg bleh pakai.
Lepas hujan, air paip bertukar jadik air kaler teh tarik huhuhu
Surau hanya ada sejadah. Telekung & kain pelikat tidak disediakan. Sila bawak sendiri keperluan solat anda.
Ada dapur gas untuk sapa2 yg rajin nak masak. Part ni aku lupa nak amik gambo sebab dah terkebelakang sket dari khemah aku.
Kalau hujan, chances untuk air masuk dalam khemah agak tinggi T___T. First night hujan lebat sesangat sampai air masuk ikut tepi khemah aku. Khemah org sebelah aku siap bocor belah atas lagik.
Nyamuk agak berleluasa di waktu malam. Aku plak boleh lupe bawak insect repellent. Aku just make sure tiap kali kluar masuk khemah, aku zipkan pintu khemah tu. Bukan takat takut masuk nyamuk, tapi bugs lelain and mengkarung pun banyak dok berkeliaran situ.
Pasir banyak tul masuk dalam khemah. Rimas aku asyik kene sapu2 dalam khemah.
Malam adalah sangat sejuk. Aku tido dengan bersweater & berstokin bagai.
Lampu di campsite waktu malam tak banyak and dlm khemah mmg agak gelap. Better bawak torchlight just incase of emergency.
Disebabkan lokasi campsite ni adelah di Long Beach yg happening day & night, makanya sila bertabah dengan loud music sampai pukul 3,4 pagi.
Aku banyak makan kat Awatif Cafe. Setiap pagi ade jual nasik bungkus. Harga RM5.
Untuk lunch and dinner, ada jual makanan panas. Harga dari RM8 and above kalo tak silap.
Untuk sapa2 yg nak makan meggi dalam cup, air panas ade dijual dengan harga RM1.
Kat Long Beach ni boleh tengok sunrise saje, sunset tak nampak yer. Nak tengok sunset, kene cross pegi Coral Bay which is on the other side of the island. Kalo menapak dari campsite ni ade la dalam 10-15mins gitu utk sampai ke Coral Bay.

*nanti kalo ade apa2 yg aku missed out, aku akan tambah lagik

Untuk trip ni, aku amik camping package dengan @MyPerhentian. Untuk deal directly dengan Awatif Campsite,  boleh contact no diorang dekat one of the pictures yg aku dah letak kat atas tu.

Overall tempat ni ok la untuk merasa camping style backpackers sesambil lepak santai kat tepi pantai.  Facilities as a campsite aku rase dah cukup dah, maybe kalo diorang bleh tambah bilik air satu dua bilik lagik, then bleh cater ramai pax especially time peak season mcm skang ni.

15 comments:

  1. Dulu masa saya pergi Perhentian, saya tak tahu pun tempat ni wujud. Kalau sebelum booking tu dah tahu kewujudan tempat ni, memang saya nak cuba juga sebab nak duduk dekat dengan pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap tempat ni still baru, tahun lepas kot baru wujud campsite ni
      sempat lagik kalau u nak pegi this year ... i think they open until september/october

      Delete
    2. Baru je pergi Perhentian tahun lepas, tak rasa nak repeat dalam masa terdekat ni. Hehe. But, thanks for the info! Will keep it in my mind :D

      Delete
    3. #longbeachcamp #harreraperhentian #rustybackpackerdude #islandlife #perhentiangetaway #perhentianisland #awatifcampsite

      Delete
  2. wahh air panas RM1..pengalaman tu yg penting he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu bertabahlah ... harga pulau kekdahnye ^_^

      Delete
  3. wow raaare ni memang terbaik tido khemah. sesekali mencuba. rasanya last tido khemah time practical teaching bawak students pengakap. tu pun pasang khemah tapi bawah bumbung hahaha.. CT belom lagi adventurous macam ni.. *thumbs up*

    ReplyDelete
  4. kalau guna utk masa air or iron baju and so on .. apa akan jadi ek? black out ke? hahahaa..
    khemah tu di beri atau kene bawa sendiri? mmg rare nie.. bagus nak try :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tanye la plak dekat akak jaga reception tu ape jadik kalo masak air / iron baju .. maybe ade power shortage kot
      khemah diorang provide ... tapi ade jugak mat saleh yg bawak khemah sendiri, just sewa tapak je untuk pacak khemah diorang

      Delete
  5. Tumpang tanya boleh? Awak pergi sana ambik pakej ka mcm mana? Pakej tu berapa rm? boleh walk in ja ka kat sana? No fon tu dah bukan awatif campsite punya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pegi ni amik pakej dgn tour agent
      You boleh deal direct dgn awatif.
      Masuk fb page diorg 'awatif campsite pulau perhentian'

      Delete
  6. Salam. Kalau perempuan solo je dtg berkhemah selamat x? Tq 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      saya pegi solo masa ni, insyaallah selamat

      Delete