Nuffnang Ads

January 11, 2019

Japan Winter 2018 : Day 1 - Marunouchi Illumination


Lepas lepak dan makan2, kitorang keluar balik malam tu. Plan seterusnya nak pegi tengok winter illumination kat Marunouchi. Tapi sebelum tu, aku dah tekad nak kene pegi carik kasut baru dulu.


So kitorang pegi ke ABC Mart kat area Asakusa. Tapi bila tengok2, yang berkenan semua mahal plak. Yang tak berapa mahal, mcm tak sesuai lak nak pakai untuk redah snow semua. So tak jadik beli kat ABC. Keluar dari situ then merayap lagik kat Asakusa pastu masuk shopping mall Rox. Nasib baik la ada kedai kasut rakyat marhein dalam tu. Orang kat kedai tu reti cakap english sket2 je tapi layanan mmg terbaek. Aku cakap aku nak carik kasut waterproof utk winter + snow + bukan pig skin/pig lining. Terus dia tunjuk mana yang sesuai. Lepas try2 semua, finally aku settle with sepasang ankle high winter boot dengan harga 4,860 yen. Ni mmg emergency expenses lah, so aku swipe cc sajok. Seb baik dah enable cc untuk overseas usage sesiap.

Ok kasut baru dah settle. So kitorang proceed with the actual agenda, ke Marunouchi Illumination. Nak ke sini, kitorang amik subway sampai Otemachi station. Pastu amik exit C14, jalan straight je sampai jumpa Marunouchi Naka-Dori kat belah kanan.







Jauh jugak sebenarnya kitorang menapak sebelum sampai ke main area illumination ni. Pass by Tokyo station dulu baru sampai ke tempat illumination yang happening tu.

Tokyo station






Dan inilah dia winter illumination kat Marunouchi.


Sangat meriah dengan lampu-lampu.Orang pun ramai boleh tahan. Lawa sangat deco kat sini.






Kitorang jalan towards the end of the illumination area. Tapi tak sampai hujung sebab dah tak larat nak jalan + sejuk yang teramat malam tu. Pastu terus carik subway station utk balik ke Asakusa. Masuk ikut Nijubashimae Marunouchi Station, sekali kene jalan jauh gilos kat dalam subway tu untuk sampai ke train line. Masing2 dok nyumpah2 dah bila nak sampai ke tempat naik train ni. Hahaha mmg masak tapak kaki berjalan mlm tu. Sampai hotel, terus kemas beg sebab besok pagi kitorang nak naik early bus ke Kawaguchiko.

January 09, 2019

Japan Winter 2018 : Day 1 - Shinjuku Station & Icho Namiki


Dari Asakusa, kitorang naik train ke Shinjuku Station. Amik Asakusa Line sampai Daimon pastu tukar train naik Oedo Line ke Shinjuku Station. Since dah pakai 24-hrs tiket ni, kene lah fully utilise naik turun subway.

Nak ke exit A5 Asakusa Station


Kitorang nak gi Expressway Bus Terminal sebenarnya sebab nak beli tiket bas untuk trip dari Takayama ke Tokyo. Tiket bas yg lain2 semua dah beli online, tiket yg satu ni je belom beli sebab tetiba currency rate naik mencanak, pastu bile beli pakai cc, rate tinggi sesangat. So kitorang gamble lah beli masa dah sampai kat Tokyo.


Expressway Bus Terminal ni locationnya kat seberang South Exit Shinjuku Station. Keluar dari Oedo line tu, kitorang follow signboard menghala ke South entrance & Expressway bus terminal. Signboard merata so mmg takkan sesat lah. Cuma tu laa Shinjuku station ni aku sangat la tak gemor nak pegi sebab orang ramai yang hamat. Nak kene meredah manusia tu yg tak best tu.

Sampai kat South Exit tu, ada zebra crossing untuk pegi ke bangunan bus terminal. Pastu kene naik ke tingkat 4F. Ada escalator untuk naik kat depan zebra crossing tu.


Kat tingkat 4 nilah tempat beli tiket, kat situ jugak lah tempat nak naik bas. Untuk beli tiket, ada kaunter untuk beli today's ticket, ada kaunter untuk beli advance ticket. Memula tu aku pegi beratur kat kaunter untuk beli tiket hari ni, tapi diorang guide aku untuk pegi beli kat kaunter advance ticket. Process nak membeli tiket senang je. Bagi terus destination, date & time. Pastu confirm tiket masih available, terus bayar and dapat tiket. Semua settle in less than 5 minutes.
Lupa pulak aku nak amik gambo tiket kaunter.

Tiket bas paling mahal T___T

So tiket bas dah settle. Next destination kitorang adalah Icho Namiki ( Ginkgo Avenue).

Dalam dok berjalan sana sini, aku tengah ada krisis dengan kasut aku sebenarnya. Alkisahnya aku masih lagik gigih sarung kasut Timberland yang dah berusia 3 tahun lebih itu. Kasut aku tu ada layer getah kat bawah, untuk anti-slip segala lah. Ada 2 part setiap belah. Boleh pulak elok2 je sampai Tokyo, layer getah tu dah start mcm nak tercabut untuk kasut belah kanan. Aku dah tak sedap hati. Berdoa jgn abis tercabut dah laa. Tapi mmg takde luck la kali ni. Memula tadi dah tercabut satu part. Pastu elok je sampai kat Icho Namiki, lagik satu part tercabut. So kiranya tapak kasut aku tu mmg takde apa2 dah, flat surface terus. Aku pun gigih laa dok singgah mana2 konbini nak carik gam gajah. Sambil2 tu dok terpk jugak adakah kene beli kasut baru ni. Takut jugak kalau tercabut balik lepas dah gam tu. Haisshhh takleh nak bervacay dengan aman laa. Aku sebenarnya dok memikirkan tempat yg kitorang nak pegi nanti bakal bersnow segala. Kalo takde kasut proper, mmg bakal mengundang masalah jer la kan.

Anyway, sebelum amik train ke Icho Namiki, kitorang singgah jap kat jejantas depan Shinjuku station untuk amik gegambo.

Naik train kat building belah kiri tu, bas terminal kat building belah kanan

View on the other side of jejantas

Nak ke Icho Namiki, kitorang amik Oedo Line ke Aoyama-itchome station. Amik Exit 1, pastu menapak je sampai jumpa ginkgo avenue kat belah kanan. Icho Namiki ni cantik sangat kalo time full autumn foliage tu, tapi disebabkan kitorang pegi dah masuk winter, makanya dedaun autumn dah tinggal hujung2 jer lah.

Ada signboard dlm subway untuk exit menghala ke Icho Namiki



Cantikkkk sangat avenue ni. Even masa daun dah tak banyak ni pun view masih lawa. Orang pun masih ramai lagik yang datang.




Part of the road kat tepi avenue ni diorang closed for vehicles so boleh la amik gambar dengan aman with ginkgo on both side.




Dah hujung jalan nanti akan nampak bangunan Meiji Memorial Picture Gallery 



Penampakan kasut ni buat kali terakhir huhuhuh









We spent around 1 hour kat situ. Pastu balik ke Asakusa untuk check-in. Balik ni kitorang amik Ginza Line dari Aoyama-itchome sebab tu direct line sampai Asakusa, takde nak tukar2 train dah.

Lalu depan Kaminarimon sebelum sampai ke hotel

Masing2 dah lapar so singgah konbini beli makanan jap sebelum balik ke hotel. Jumpa jugak gam yang aku carik tu. Sampai kat hotel, terus dapat kunci. Kitorang amik 2 bilik double room, dapat bilik sebelah2. Harga untuk dua2 bilik ni 11,000 yen.



Bilik kat APA Hotel ni mmg kecik kiut jer. Muat2 katil jer. Pastu ada la ruang sket untuk bukak beg. Seb baik kitorang stay satu malam je kat sini.







Aku suka amenities yang hotel ni bagi. Siap dengan pengikat rambut bagai.

Lepak2 jap sesambil makan, mandi & ilangkan lenguh.

Curry bun dari dalam flight malam tadik masih ada lagik huhuhu


Malam nanti kitorang plan nak ke Marunouchi Illumination.
To be continued in the next post.