Nuffnang Ads

March 09, 2019

Refund income tax 2018



Alhamdulillah cepat betul process untuk dapatkan refund income tax tahun ni. .
Submit borang BE on 1st March, refund sudah selamat masuk account semalam petang. All in all amik masa 8 hari sahaja.
Kudos to LHDN. Keep up the good work yer :)

March 08, 2019

Japan Winter 2018 : Day 5 - Pusing-pusing Takayama


Sampai kat Takayama, kitorang masuk Takayama JR station jap. Saja nak tengok cemana dalam station ni.



Ada satu hallway besar kat dalam ni full of cultural exhibitions.


One of the cultural items tu siap ada heat sensor weh. Elok2 je aku snap camera, terus bunyik alarm. Cecepat kitorang blah huhuhu.


Dari dalam station ni pun bleh tengok gunung ganang yg cantik nun kat sana tu.


Keluar dari JR station, kitorang singgah Family Mart beli lunch pastu balik hostel jap melepak sesambil rest kaki.


Petang tu kitorang sambung ronda2 Takayama lagik.



Suka tengok bangunan lama kat the old street ni




Kedai ni ada signboard 'Halal Friendly' 




Jalan2 pastu jumpa lagik satu temple.

 Shinshuotaniha Shoren Temple


Kitorang jalan sampai hujung one of the main street kat Takayama tu. Sebab utama adalah dari jauh lagik aku nampak ada satu temple dgn bumbung yg agak eye catchy.

One of the many temples kat Higashiyama



Area ni banyak temple sebenarnya. Ada walking course naik ke atas lagik. Tapi kitorang tak pegi lah sebab time tu dah gelap. Pastu tengok weather forecast mlm tu expected akan ada snowfall so gelap dia lain mcm sket.

Walking path untuk naik ke atas bukit sana



Houses across the temple

Abis pusing2 kat sini, kitorang terus menapak balik bilik. Dah start sejuk melampau2 dah time tu.
Malam tu dinner kat hostel jer.

Sedap betul ikan mackerel 7-11 tu

Lepas dinner tu ingatkan nak melepak bawah selimut sesambil layan tv je & packing. Tetiba aku rasa mcm nak gi jenjalan Starbucks plak, kot2 la ada menda yg menarik boleh dibeli hhehehehe. So terus siap2 keluar dalam sejuk beku tu. Aku sebenarnya mcm teringin nak beli tumbler/mug Starbucks sebab Japan punye Starbucks merchandise ni ada version by region.
https://www.starbucks.co.jp/goods/?nid=mm

Starbucks Takayama ni letaknya on the other side of Takayama station. Kene menapak jauh sket tapi still walkable dari hostel kitorang tu. Masa tengah menapak ni dah ada snow turun sket2.

Dah sampai area Starbucks tu, aku nampak ada grocery shop plak across the street. So kitorang pegi kedai grocery tu dulu, saja nak tengok2 je sebenarnya.


Dalam nak tengok2 je tu, kitorang sempat memborong cekelat Meiji. Murah bebeno compare dengan harga kat konbini. Pastu sempat jugak beli satu peket strawbery gedabak.


 Settle memborong kat situ, terus cross the road pi masuk Starbucks plak.


Masuk dalam Starbucks tengok2 merchandise tapi tak berapa menarik lah pulak. Yg region ada yg Gifu punye tapi design tak cantik. So tak jadik lah beli. Keluar Starbucks pastu terus balik hostel.

Malam tu kitorang dah start kemas2 barang sebab besok dah nak check-out. Sesambil tu dok intai2 kat tingkap kot2 la ada snowfall ke, nak jugak pi main2 dlm snow kan. Tapi sampai ke sudah mmg takde snow lebat turun huhuhu.

End of day 5.

March 06, 2019

Japan Winter 2018 : Day 5 - Shirakawago


Abis pusing2 kat Shiroyama observatory tu, kitorang gerak turun. Memandangkan kitorang dah beli tiket bas balik ke Takayama pukul 1:30pm, jadiknya we had ample time untuk ronda2 kg ni.






Cantik betul bumbung rumah berlumut covered with snow ni.


 Banyak pokok persimmon kat sini



Rumah ni macam baru je tukar bumbung 

Musim winter diorang letak jerami sekeliling rumah 




Dah penat pusing2, kitorang decide untuk masuk Kanda House.

Entrance to Kanda House




Dapat la ilang penat berjalan sesambil minum teh panas kat dalam ni.

Pendiang api kat tengah2 rumah

Masa first time aku datang Shirakawago dulu, aku dah penah masuk Kanda House ni. This time aku rasa makin banyak barang2 yg diorang letak for display kat dalam rumah ni.


Gambar2 lama masa diorang tukar bumbung rumah



Kitorang sempat jugak naik sampai ke tingkat paling atas. Sejuk yg amat kat atas ni sebenarnya. Diorang siap provide slippers untuk dipakai kat atas sebab lantainya mmg tahap sejuk beku.


Antara barang2 being put on display.






Tingkat paling atas

Ni plak view dari dalam Kanda house.




Sambung jalan2 lagik.









Myozenji Temple 



Kitorang menapak sampai the suspension bridge. Konon2 nak tengok air sungai yg cantik tu sekali kering kontang rupanya in winter.




Banyak lagik gassho houses seberang sungai sana


Masa jalan2 menghala ke main road, baru nampak ada part of the river yg still ada air.


Pastu kitorang santai2 along the main road sesambil singgah kat kedai souvenirs.




Wada House, another house yg tourist boleh masuk.



Kitorang sampai kat bus stop around 1.15pm. Tengok2 si BiBie dah ada kat situ. Borak2 sambil nunggu bas. Around 1.25pm bas sampai and terus gerak balik ke Takayama.


Masa balik ni dapat tengok view cantik dengan snow capped mountain along the way.



Sampai kat Takayama around 2.20pm.