Nuffnang Ads

September 19, 2018

Senja - 17Aug2018

Sunset ketika hari berjerebu

September 18, 2018

Jalan-jalan ke Matta Fair

Sebenarnya takde plan pun nak pi tapi sebab dah terpegi ke Sunway Putra Mall untuk lunch dihari kejadian, jadiknya aku gigihkan jugak la menapak ke PWTC.
Entry fees RM4 tapi ada discount RM1 untuk Enrich members.

Masuk je, terus pegi ke area international event hall. Booth JNTO, KTO sangat meriah. Sempat collect brochures untuk trip akhir tahun nanti. Pastu diorang tak kedekut nak bagi freebies and discount coupons.

I miss winter time 

Bon odori dance kat booth JNTO

Salmon cutting demo kat Apply Holiday booth

Trojan horse kat booth Turkey

Berbaloi jugak la terjah Matta Fair kali ni sebab banyak info aku dapat. Freebies pun melambak2 dapat.

Coupon book tu dah selamat aku pass kat BibieErr

Dapat seketul tote from KTO

Dan segala macam lagik freebies kecik2

Aku tak beli apa2 pun kat Matta Fair ni. Nampak jugak la ada pakej pulau yg menarik tapi bajet tak berapa nak ada makanya kita kiv dulu. Kalau ada rezeki, kita cuba lagi tahun depan, insyaallah.

August 30, 2018

Musim buah di kampung

Balik kampung beraya haji minggu lepas, terkena pulak dengan musim rambutan, duku & dokong.
Pokok duku & dokong kat belakang rumah semua berbuah lebat. Pokok rambutan kat dalam kebun pun berbuah sakan. Alhamdulillah ada jugak rezeki nak makan buah tahun ni lepas kecewa durian kitorang tak berbuah T___T



Ni semua pokok kat belakang rumah. Sesetengah tu ditanam sejak dari zaman moyang aku dulu lagik. Masih berbuah sampai skang.


Pokok salak pun menjadi jugak kali ni.


Pisang kapas setandan utk wat jejemput


Rambutan anak sekolah

Yang ni tak tau apa jenis rambutan tapi masam dan kecik je sizenya. Aku prefer yang ini

Saki baki manggis sebab dah abis musim

Sebesen penuh angkut bawak balik kl

Pokok terung tengah rancak berbuah, rembat jugak bawak balik kl

Sesekali balik kg mmg seronok layan segala macam buah. Semoga tahun depan ada lagi rezeki nak merasa hasil dari kebun sendiri.

August 29, 2018

Rezeki lagi

Kisah bulan lepas di KL Car Free Morning.


Alhamdulillah rezeki lucky draw, dapat beskal plak kali nih.


Tapi sebab umah ahkak ni dekat atas kayangan tingkat 15, jadiknye ahkak lom cuba try test lagik beskal ni dijalanan. Malas sangat nak angkut bawak turun pi park kat sebelah umah tu. Plannya nak beli beskal trainer je pastu buat jadik indoor bicycle.


For time being, beskal tu tersadai sepi bersama kotak2 yg lom berbukak sejak pindah 8 bulan lepas huhuhuh. Tunggu lah ada rezeki lebih, akan ku rembat mana2 bicycle trainer yg affordable.

Sapa2 nak mencuba nasib sesambil keluarkan peluh dipagi hari, marilah kita ramai ramai meriahkan KL Car Free Morning hari ahad ni.


See you there!

August 17, 2018

My 41st



Celebrating my 21st birthday with 20 years of life experience ^_^.


Thanks to Mrs.Kudiknot for the pre-birthday treat. Cam tak caya kan bebeh kita dah 41 this year. How time flies so fast.




Dipagi hari besday, aku gigihkan diri ke Putrajaya for morning run sesambil lajak ke Putrajaya Milo Breakfast Day


Dapat minum milo sampai pengsan pastu pi collect goodie bag kat non-runner booth. FOC yer. Meriah sungguh goodie bag kali ni.


Petang plak sessi makan and lepak2 lagik.

Tq Mrs.Smile sebab belanja aku cheatday meal + cake. 

Untuk tahun ini, hadiah untuk diri sendiri adalah berjaya turunkan berat badan sampai aku reach normal BMI. Hip hip horreeyy!!!



Perjalanan yang jauh untuk sampai ke tahap ini tapi I made it nonetheless. Harapan aku semoga dapat maintain dengan lifestyle sekarang. Amin.

Post birthday trip? Hehehehe kalau ada, nanti aku update. If senyap je, maknanya satu lagik trip dah burn T___T.
Lastly, thanks for all the wishes. Semoga tahun depan ada lagik entry besday dari aku :)

August 10, 2018

Gochujang halal

Last week singgah Cold Storage jap carik barang dapur. Tengah dok jamu mata kat section korea/jepun, tetiba ternampak gochujang dalam botol ada tanda halal. Aku pun ape lagik, terus rembat satu. Dah lama mencarik yang halal coz gochujang yg dalam bekas 4 segi yg biasa dijual tu some are tak halal sebab ada wine / spirit.

Ada tanda halal korea

Besoknya, terus ahkak fefeeling korean buat nasik goreng letak gochujang. Sedap wehh. Makan siap bertambah2 lagik.


Harga sebotol RM12.90 untuk 300gram, still dalam range mampu makan. Jadik sapa2 yg rasa nak mencuba resepi korea, boleh la cuba guna gochujang halal ni. Makan dengan nasi gitu2 je pun sedap.

*maybe weekend ni ahkak nak try buat bibimbap lak