Nuffnang Ads

October 05, 2016

Mongolian Yurt in Wind Paradise, Kundasang


Long weekend lepas, aku n geng2 tak reti dok diam ni telah berkunjung ke Sabah sesambil melawat kak long kawasan KK merangkap ratu Keamaatan ( read : Bibie Err ) ... pastu kitorang overnite kat Kundasang and telah memilih nak stay kat Mongolian Yurt ni sebab poket masing2 lom tebal untuk terbang ke Mongolia sana. Of kos semua org excited nak stay kat dlm ni sebab yurt ni sangat unik gitu kan ... oklah ni review aku sket sebanyak pasal tempat ni

Price : RM300 for 4 person. We paid additional RM60 for the 5th pax. Tu pun dapat extra blanket dengan bantal saje. Nak extra bed kene tambah fulus lagik. Nasib baik aku dah bawak sleeping bag siap2
Booking : Done via Whatsapps about 3 months before our travel date. Paid RM150 deposit after booking confirmation. Balance paid upon check-in. RM50 deposit is needed during check-in.

For reservation number, boleh tengok link kat bawah ni:
http://windparadise2011.blogspot.my/
http://mongolianyurt.mrsabah.com/

Pro:
Ruang yg sangat luas
Tak sejuk sangat sebab dinding yurt tu ade insulation. And dalam yurt ni takde heater.
Ade power plug dua bijik. Sila bawak extension kalo banyak menda nak charge
Ade kitchen kat main block. Kitorang mintak water boiler ngan gelas bawak masuk bilik
Ade hot water dalam bilik air
Ade tempat untuk BBQ
One of the best place for stargazing, though we didn't get to see any stars that night sebab langit berawan. Kecewa sangat.
Boleh layan sunset yg cun.
View Kundasang valley yg sangat marveles.

Cons:
Jalan nak naik hazab sangat. Lepas pada simpang dari main road, jalan bergravel dengan lubang segala. Percubaan untuk lepas that gravel part dengan 5 org pompuan bersize biasa dengan sebijik Alza adelah fail. Kitorang terpaksa kluar kete and driver kene drive sorang2 untuk pass that area.
Naik sikit dari area gravel tu, jalan dah ade tar ... tapi masa nak naik ke atas tu, ade part yg sangat curam sampai tersagat bawah kete ... kesian kete BibieErr
Lantai bilik ade yg tak brape elok ... ada part yg mcm mendap ke bawah
Lantai bilik air mcm tak sesuai.
Bau dari bilik air meresap ke dalam bilik. Nasib la sapa yg dapat katil tepi toilet
Pintu bilik air takleh nak lock. Nasib baik ade tirai kat pintu bilik air tu.
Pintu masuk sangat rendah. Aku yg pendek ni pun 2,3 kali terhantuk.
No breakfast provided.


Jom layan gambar.




















Bubbye ... till we meet again! Pic credit to Dzuli


Overall, ok la tempat ni setakat untuk merasa duduk kat dlm yurt. Cuma yg paling hazab adelah jalan nak naik ke atas ni la. Harap2 lepas ni diorang tarkan sket part yg bergravel and berlubang teruk tu.

12 comments:

  1. Gambar sungguh cantik azra..
    Dah lama ke yurt tu..
    Macam byk jer kena baiki..
    Akak pun mcm teruja nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak mcm dah agak lama yurt ni .. harap2 lepas ni diorang baik pulih mana2 yg patut

      Delete
  2. Aku xdapat nak explain bab toilet tu. Terpaksa aku pm sorang2 yang bertanya haha. Ikut preference gak aku rasa, maybe ada orang selesa & xkisah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lantai toilet tu aku rase maybe better kalo diorang buat bathroom tile mcm biasa.. then again mesti sejuk gaban kan

      Delete
  3. best..ada kelainan...toilet moden, itu yg penting..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak best la nohas ... and yes, toilet moden huhuhu... siap ade water heater segala , cuma sejuk sket kalo time angin kuat kat luar

      Delete
  4. kita pun baru balik dari kundasang, suruh kawan cari homestay yang dekat dengan jalan besar n tak perlu panjat tangga banyak2 sebb masing2 sakit kaki turun dari mendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang konon2 nak mencube something different .. tapi masa book lupe nak bertanye jalan naik ke tempat ni cemane ... haaa masak la meredah jalan curam yg amat

      Delete
  5. Best ni... pengalaman yang berbeza

    Foto last tu memang terserlah ada gaya Ratu Keamatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si BibieErr tu mmg menokoh sangat jadik ratu PLM ... 24 jam menten mode cantik dan berseri heheheh

      Delete

  6. Azra,

    ooo inilah yang Ratu Keamatan cakap kat aku hari tu. Dia suruh aku tunggu review selepas trip korang. Mula2 tengok gambar nak juga aku menyesal tak pilih tempat ni (aku baru je buat full payment AIRBNB) tapi bila baca pasal jalan sejuk sikit hati aku. Apapun macam cantik jugak dalaman dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan nak naik mmg agak hazab laa ... kitorang aritu lepas naik, tak turun2 dah ... tapi view mmg cantik dari atas ni ... setakat nak amik experience, boleh la stay satu kali huhuhu

      Delete