Nuffnang Ads

November 16, 2017

My EPF investment in ASW2020


Entry ni dibuat as my reference di masa akan datang.
Seperti yg sedia maklum, kita boleh keluarkan duit EPF dari Akaun 1 untuk investment tapi based on certain conditions. More info pasal EPF withdrawal for investment boleh baca kat sini.
Pada tahun 2009 and 2010, masa tu tengah hangat skim pengeluaran duit EPF utk investment so aku pun join the band wagon. Orang lain invest dalam unit trust segala, aku plak dump sikit duit EPF Akaun 1 masuk ASW2020. Aku buat 3 kali pengeluaran dengan jumlah RM13,010. Seingat aku masa tu gigih la aku pi ofis PNB kat Jalan Tun Razak tu semata2 nak buat withdrawal. Lepas 3rd withdrawal tu, aku dengar cerita allocation untuk invest dalam ASW2020 via EPF dah abis so aku pun stop sampai situ jer. 


Every year lepas PNB announce dividend, aku akan dapat annual statement tapi aku mmg tak bother pun nak tengok brape banyak aku dapat sebabnya duit EPF ni more on papers sahaja. Coz bukannya boleh guna pun kan until aku reach 55. So biarlah duit tu bekerja keras kat situ.

Then few days back ternampak surat ASW2020 with statement untuk tahun ni kat atas meja. Bukak2 tengok, wahhhh banyak jugak rupanya hasil selepas almost 8 years. 


Bila compare dividen ASW2020 dengan dividen EPF, ternyata ASW2020 bagi lagi banyak return (except for year 2014 & 2015)


Nampaknya mmg langkah yg bijak aku kluarkan dari EPF and masukkan dalam ASW2020 walaupun masa kluarkan dulu tu mcm ala2 gamble + tak brape nak paham konsep pun ^_^
For now, aku just biarkan duit tu rolling dalam tu jer lah. Tunggu lagi another 10 years dengan harapan it will double/triple (*tinggi bebeno harapan*) the amount.
Lama aku stop invest kat mana2 until few years back bila aku start balik invest masuk unit trust. Tapi yang tu lambat lagik la nak dapat return yg umpphhh huhuhu.

Untuk reference, ni senarai amanah saham under ASNB yang boleh diinvest guna duit EPF.
*ASB tidak termasuk dalam senarai yer*


Harapan aku untuk tahun2 akan datang semoga rezeki masih ada dan ekonomi negara makin pulih so that peratusan dividen makin bertambah :)

2 comments: