Nuffnang Ads

November 26, 2019

Dash Box Hotel, Cyberjaya


Aku berkesempatan stay kat Dash Box hotel ni masa nak pi run kat Cyberjaya. Kebetulan time tu organiser run ada open package running slot + one nite stay kat Dash Box, so aku pun apa lagik terus amik the promo.

Diorang bagi bilik twin sharing with other runners. Ahh dun care, dok dengan stranger pun blasah janji sama jantina kan. Lagipun harga yg diorang offer agak murah dari harga biasa.





Aku sampai awal, slightly before check-in time so keadaan masih belum serabut dengan guests.


Dah dapat access card, terus pi tengok bilik dulu.



Dapat bilik Dash Twin no 115. Bilik ni jenis container room.


Ada 2 single bed with private bathroom. No TV.




Cermin tu berfungsi as pintu bilik air. Boleh slide ke tepi untuk bukak pintu.



Bilik air sizenya OK cuma takde air panas. Sejuk wehh ahkak nak kene bersiram pepagi buta sebelum pi berlari T____T.

Switches and whatnot semua diorg pasang cantik kat this side. Nicely done. 

Power socket sorang satu

Settle check-in and lepak2 kejap dalam bilik, aku kluar amik gambar bahagian luar pulak.

Container walkway tingkat atas

 View dari walkway tadik




Bilik deluxe ni semua ada parking kat depan entrance 



Cafe kat sebelah depan hotel


Untuk yg dok container macam aku, ada parking luas kat bahagian tepi Dash Box





Aku rasa cantik sangat design kat sini sebab nampak best bila all the studio & deluxe rooms semua mengadap ke arah pool.










Maskot Dash Box Hotel si arnab ijau 



Bilik air kat tepi pool 



Overall, tempat ni cantik dan sesuai utk bershortvacay dengan family. Too bad aku tak sempat nak mencelupkan diri kat dalam pool tu sebab lepas abis run ahkak sibuk nak membuta qada tidur huhuhu. Perhaps next time bleh angkut anak2 sedara main pool kat sini. Sesambil tu leh pasang angan2 nak gi carik si kembar arnab biru kat Langkawi sana huhuhuh.

2 comments:

  1. menarik ni.. walaupun agak dekat dengan rumah tapi tak penah sampai sini. hahahah.. next time bole la bawa anak² berjimba kat sini.. hihihih

    ReplyDelete
  2. i really like their swimming pool n garden view sangat cantik. dok lalu bnyk kali p makan Bawal Power tapi belum berkesempatan nak menginap disini hehe.. nice. one fine dayy =)

    ReplyDelete