Nuffnang Ads

September 12, 2017

Pulau Perhentian : Day 1 - Windmill


Petang tu around 5pm gitu kot aku start menapak ke arah jalan menghala ke Windmill ... route mendaki betul2 kat belakang Awatif Campsite ni ...
Memula tu aku mcm ragu2 je bile tengok jalan nak start mendaki tu ... sebabnya dah la takde org, pastu jalan mcm semak samun yg sangat tebal ... sampai aku berkira2 nak pegi ke tak nih


Dalam aku dok pk2 tu, tetiba datang dua minah French ... diorang tanya betul ke jalan tu nak naik pegi windmill? aku cakap tengok kat signboard mcm dah betul ... pastu diorang start naik ... aku cecepat cakap nak tag along ... huhuhu serius aku mcm cuak nak naik sorang2 sebab hutan tebal bebeno



Jalan nak naik ke windmill ni mak aii mcm hape jer ... bukan proper jalan .. dah la mmg mendaki kaw2 punya .. aku plak pakai loafers jer ... mmg mendapat la ... hampir2 nak koyak loafers aku tu T___T

Lepas 20 minit memanjat, finally aku sampai kat kaki windmill ... dari situ dah tak jauh kene berjalan untuk sampai ke tempat amik gambo



Nak ke spot amik gambor yg cun melecun itu, kene jalan ikut tepi2 pagar windmill tu then finally baru jumpa viewing spot .... dan inilah dia gambo dari area viewing spot yg paling atas itu ... teruja sangat tengok view cantik camnih


Dari viewing spot paling atas ni, ade tangga untuk turun ke bahagian bawah ... MyPerhentian dah bagi guideline awal2 kalau nak turun ke bawah, boleh turun sampai viewing area yg 1st saja ... which is sampai tempat berbumbung kaler oren kat dalam gambar kat atas tu ... sebabnya tangga kat situ dah sangat uzur and banyak dah patah ... anak tangga beyond tempat berbumbung oren tu dah tak selamat untuk lalu

Tepi2 tangga belah atas ni pun dah banyak berkarat dan patah2



Aku turun sampai tempat berbumbung kaler oren tu jer ... kalau tengok bebetul kat situ pun ade satu layer platform dah takde ... bahaye oooo

Cantik sesangat view kat sini ... tak berenti aku snap gegambo walaupun view & angle yg sama


Tangga yg belah bawah ni dah banyak yg rosak ... sangat bahaya OK!





Nak pegi belah bawah windmill ni boleh amik boat ... mesti cantik gak view kat situ ... nyesal lak aku tak pi


OK ni nak citer sikit pasal kejadian kat tangga yg dah uzur bebeno ni ... hari ke3 aku kat sana, aku dok lunch sesambil borak dengan tuan punya kedai ... dia cerita hari sebelum tu ada org jatuh kat tangga kat windmill ni ... patah dua2 belah kaki yer ... dengar citer jatuh straight atas batu2 kat area situ ... pergghhh skeri nye ... mmg bahaya betul ... aku harap lepas ni diorang buat proper maintenance laa ... tempat dah cantik tapi tak terjaga dengan betul ... in the end pengunjung jugak yg terima padahnya


Aku spent around 20 mins gitu jer kat area windmill ni ... masa nak turun balik ke campsite lagi sekali hazab terasa ... pelan2 je turun takut tergolek sorang2 aku kat situ ... tapi seb baik masa aku turun ni terserempak dengan ramai org baru nak naik so takde la takut sangat



Sampai kat campsite, aku melepak kat Awatif Cafe layan ABC & kopok lekor ... syok sangat layan perasaan




Tapi kat area Long Beach ni tak nampak sunset ... sedar2 dah gelap

Senja di Long Beach


Malam tu belum apa2 lagik aku dah terlentok dalam khemah ... mmg syok layan mata kene angin malam pantai ... tapi around 11pm gitu aku terjaga sebab angin mcm kuat sesangat ... tak lama lepas tu tetiba hujan lebat lak ... ahhh sudah ... aku dah cuak takut khemah bocor ke hapa ... terus kumpul barang2 takut kene kluar khemah ... sebabnya aku dengar org khemah sebelah dah kecoh2 khemah diorang bocor teruk ... tak lama lepas start hujan tu, air dah start masuk dalam khemah ikut tepi2 ... aku lap2 sket dengan tisu sesambil berharap hujan berenti huhuhu ... seb baik lepas sejam lebih gitu hujan stop ... pastu leaking dalam khemah tu tak teruk sangat ... lepas lap2 few times, semua settle ... dapat la aku sambung tido sampai subuh ... end of day 1

2 comments:

  1. salam ziarah...sygnya tempat yg cantik camtu tak terjaga..kalau diselenggara dengan baik, x mustahil jd tempat salah satu tumpuan pelancongan kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan
      tapi sebenarnya mmg ramai org pegi windmill tu ... cuma tu la patutnya dah tau tempat tu tumpuan pelancong, safety haruslah comes first ...

      Delete