Ini adalah trip sempena Cameron Night Run (Camrun). Macam biasalah aku ni idok la nak run beriya kan so aku register 10km saje. Selebihnya saja nak jalan2 cari tempat sejuk sebenarnya.
Pegi Cameron ni aku naik bas je dari TBS. Tiket harga RM35. Beli kat https://www.redbus.my/ mcm biasa.
Bas Unititi Express ni mmg selesa. Siap ada USB port dekat seat.
Penuh jugak bas pagi tu. Lebih separuh penumpang bas adalah tourists.
Dalam pukul 10:40am, bas dah sampai kat exit Tapah. Keluar dari toll Tapah, bas berenti sekejap dalam 10 minit untuk toilet break. Pastu terus proceed naik ke Tanah Rata.
Lalu tepi perkampungan orang asli
Sejam lebih baru sampai ke Tanah Rata. Bila dah nak masuk dlm town Tanah Rata tu, traffic dah agak teruk.
Bas akan stop dekat Terminal Freesia, Tanah Rata. Dari situ, aku menapak pegi ke hostel.
Aku akan stay dua malam kat Sleepbox Hostel. Ni mmg backpackers hotel tapi facilities ok laa not bad. Harga pun murah jer, RM67 for 2 nites.
Settle check-in, aku keluar untuk mencarik lunch. Tengahari ni aku dah target nak makan dekat restoran Taman Apple Cameron. Lokasi kedai ni tak jauh hostel tempat aku stay tu so menapak je lah. Matahari agak terik tapi rasa sejuk tu masih terasa.
Sekali bila dah sampai depan kedai, tutup la pulak for friday prayer. Pukul 2:15pm nanti diorang bukak balik. Alaaaa aku ni dah la lapo bebeno. Disebabkan aku dah tekad nak makan situ, makanya aku ronda2 la dulu untuk kill time.
Aku macam interested dengan Sunrise Expedition tour tu. Maybe next trip.
Avilion Cameron Highlands
Jalan depan Avilion ni banyak budget hotel
Aku singgah beli strawberi kering kat sini
Dalam pukul 2pm, aku pegi semula ke kedai Taman Apple Cameron tu. Diorang cakap belom bukak lagik tapi dah boleh masuk & duduk. Nanti kul 2:15pm baru diorng datang bawak menu.
Menarik sangat deco kedai ni. Rasa macam makan dalam kebun pun ada.
Specialty kat sini adalah nasi lemak serunding strawberry. Tapi aku tak rasa nak makan nasik lemak so aku order nasi kukus serunding strawberry.
Diorang ada jual serunding strawberry tapi harga agak pricey lah
Inilah dia rupa paras nasi kukus serunding strawberry. Bagi aku rasa dia biasa2 jer. Serunding tu takde la rasa manis strawberry sangat. Setakat nak mencuba boleh la. Tapi nak kata wow tu bagi aku tak la.
Dekat pintu masuk kedai ni ada diorang jual food product & souvenirs. Boleh la jamu mata sebelum balik.
Abis makan, aku pusing2 area playground ngan padang awam Tanah Rata.
Jernih betul air sungai ni
Organizer Camrun tengah buat preparation untuk run besok malam
Jalan nak balik ke hostel
Petang tu aku melepak santai kat hostel. Kebetulan hostel ada open balcony, mmg layan sangat cuaca sejuk suhu belasan celcius sesambil layan kopi.
Around 5pm dah start berkabus
Malam tu aku pegi dinner kat Marrybrown.
Pastu pi jenguk pasar malam kat belakang kedai taman apple tadik.
Sesambil tu aku dok usha light jacket untuk dipakai time run malam besok. Ada plak yg berkenan dihati so terus beli.
Jacket bundle je ni, RM25
On the way balik hostel, singgah kat padang awam lagik sekali. Nampaknya finishing line utk run besok malam sudah naik.
Sampai je hostel terus ready untuk tido. Letak kepala atas bantal je terus zzzzzz. Sedar2 dah pukul 6 pagi.
End of day 1.
weh balcony kat hostel tu mcm best jer lepak
ReplyDeleteMmg, layan sangat lepak situ ptg2
Deletetak pernah lagi dengar org cite pasal serunding strawberi ni... lama plak tu tak naik CH
ReplyDeletemungkin serunding strawberi ni glemer kat ch jer kot
Delete