Pagi ni dah nak kene checkout. Bangun dengan mamai + penat nak mateyy. Pukul 10am terus checkout pastu memecut ke Taman Sedia sebab konon2 nak gi makan kat kedai Abang Strawberry. Tapi tu diaaaaaa kereta melimpah ruah kat area kedai ni. Queue nak masuk kedai pun bleh tahan panjang so weols kensel lah makan kat situ. Patah balik ke pekan Tanah Rata, park dekat open space parking tepi terminal bas pastu pi makan nasik lemak bungkus kat deretan kedai area Maybank. Sesambil tu berdoa dalam hati semoga kete tak kene saman sebab tak letak kupon parking huhuhu.
Singgah lagik sekali kat kedai bawah khemah tepi kedai taman apple.
Baju glemer ni diorang jual 2 helai RM10
Pastu cecepat balik semula ke keta. Seb baik tak sempat kene saman. Then weols pi taman Mardi.
Panasnya cameron highlands skang ni. Dulu2 rasanya suhu tak cecah 20c pun.
Memula tu aku macam malas nak masuk sebab tengok entry fee RM5 (cheapskate gilos huhuhu). Pastu member aku cakap ala masuk je la alang2 sampai ni. Oklahh jom masuk.
Ada foodtrucks kat dalam ni. Ada bazaar jual2 jugak.
Ada jual strawberry. Aku beli pek paling kecik RM3. Pek yg besar tu RM5.
Strawberry kering ada jual jugak kat sini
Pastu kitorang naik ke tempat viewpoint.
View dari atas
Kitorang turun semula pastu pusing2 kat bawah lak.
Anggur yang takde buah
Pokok epal
Masuk kedai ni usha pokok strawberry
Sebelum keluar, aku singgah kejap kat gift shop. Beli teh & jem. Ok la harga reasonable. Teh Cameron Valley murah kat sini compare dengan kedai kat Cameron Valley kat tepi ladang teh sana.
Next stop, nak gi melepak santai kat kedai teh Cameron Valley.
Disebabkan masa ni musim cuti sekolah, makanya berbondong2 lah org nak pi kedai teh ni. Memula kitorang cuba nak gi yg first kedai, tapi parking penuh sesak so we tried the second one. Nasib baik ada la tempat parking. Dah masuk kedai tu, terus book tempat duduk dulu.
Pastu pi queue untuk order teh pulak.
Harga mmg a bit pricey lah tapi sesekala boleh la layan
Marilah kite ngeteh sesambil layan scenery.
Habis ngeteh kat Cameron Valley, weols balik semula ke Tanah Rata pastu check-in kat Hillview Inn untuk satu malam lagik.
Dari luar nampak cantik tempat ni tapi bila dah masuk dalam sangat so-so.
Olskool sangat furnitures dalam bilik ni. TV masih lagik jenis berkotak huhuhuh.
Lepas check-in, weols terus pengsan qada tidur. Dah maghrib baru terjaga pastu keluar gi carik dinner kat kedai dekat2 situ.
End of day 3.
Kiranya pokok epal tuh area mana ya? nak naik CH nih kena hati kental ataupun pegi masa vukan cuti sekolah... dia punya jem tuh hu2 sgt
ReplyDeletekat dalam taman agro mardi, area yg ada greenhouse banyak tu
DeleteSyoknya. .Rasa mcm nk p lagi ja cameron ni
ReplyDeletesila sila, tapi sebolehnya elakkan time cuti sekolah sebab semua tempat penuh
DeleteAgro Mardi best! Tapi mak baru pergi cameron bulan lepas, mak cakap dh kena bayar juga nak masuk kebun teh cameron valley tu.
ReplyDeleteiyer betul, nak masuk ladang teh tu dah kene bayar sekarang, RM2 kalo tak silap
Delete