Nuffnang Ads

January 17, 2019

Japan Winter 2018 : Day 2 - Oishi Park, Kawaguchiko


Day 2 - 10 December 2018

Hari ni kitorang akan gerak ke Kawaguchiko by bus dari Shinjuku Expressway Bus Terminal. Tiket dah beli online sebulan awal. Aku beli kat https://highway-buses.jp/course/kawaguchiko.php. Harga masih lagik sama macam dulu 1,750 yen one way. Kalau dulu, boleh book tiket online pastu bayar & collect hari nak travel tu, tapi skang dah kene book & bayar terus online. Kalau nak cancel, ada penalty 100 yen untuk setiap tiket.


Lepas buat booking, kene print ticket. Masa nak naik bas nanti just tunjukkan printed ticket tu terus.

Bas kitorang pukul 8:15am, jadiknya kene gerak awal ke Shinjuku station plus aku taknak stuck dlm rush hour madness. So kul 6:30am kitorang dah check-out. Train dari Asakusa dah sesak. Terpaksa berasak2 dengan org nak gi keje. Sampai Daimon, tukar naik Oedo line. Seb baik line ni tak ramai org, bleh bernafas sket. By 7:45am dah sampai bus terminal. Dekat situ ada information board tunjuk nak naik bas kat gate mana.


Untuk bas yang kitorang nak naik ni, kene pegi ke gate B5.


Jajan sesambil nunggu bas

Bas sampai ke gate 7 minutes sebelum departure time. Beratur untuk check tiket & letak beg. Bas gerak on time at 8:15am.

Ada free wifi dalam bas

Dari Shinjuku ke Kawaguchiko station amik masa selama 1 jam 45 minit. Sepanjang jalan boleh tengok autumn view yg dah hampir nak abis.




Cuaca agak cerah harini so awal2 lagik gunung Fuji dah start menampakkan diri.


Cantik pulak view Fuji kali ni sebab ada awan kat atas tu.


Bas akan berenti sekejap drop passengers kat Fuji-Q Highland sebelum proceed ke Kawaguchiko station.


Kitorang selamat sampai ke Kawaguchiko station around 10am.


Comel je bas yang kitorang naik ni

Sebelum proceed dengan jalan2 kat Lake Kawaguchiko, nak kene gi letak beg kat hotel dulu. Kitorang stay kat Kawaguchiko Station Inn yg locationnya betul2 kat depan Kawaguchiko station.


Settle letak beg, kitorang pegi balik ke Kawaguchiko station untuk amik sightseeing bus ronda2 lake Kawaguchiko.


Since kitorang akan stay 2 hari kat sini, so plannya nak amik 2-day Pass untuk sightseeing bus harga 1,500yen. Pegi dekat kaunter nak beli tiket, tengok ada pulak combo ticket.


Memandangkan banyak masa nak spend, so we decided untuk amik R-Coupon. Combo ticket which includes 2-Day Bus Pass + Pleasure Boat + Kachi Kachi Ropeway. Semua sekali 2,600 yen sorang. Tapi masa beli tiket tu, org kat kaunter inform Pleasure Boat akan beroperasi hari ni je. Besok diorang tutup. Oklah takpe, kitorang akan naik boat tu harini, pastu Kachi Kachi Ropeway tu tengok la kalo sempat harini, else besok jer.


Sebelum gerak naik bas, sempat lagik pegi Lawson jap tapau makanan. Perut dah start lapo dah ni.



Walaupun hari isnin, crowd tetap ramai. Tapi nasib baik tak lama sangat menunggu bas. Kitorang naik Red Line untuk pegi ke stop paling last, stop 22 which is Oishi Park.
Info pasal Kawaguchiko Sightseeing Bus boleh tengok kat sini:
http://bus-en.fujikyu.co.jp/heritage-tour/detail/id/1/




View dari dalam bas

Ok dah sampai.



Kitorang spent around 1 hour kot kat sini. Melepak amik gambar pastu masuk kedai souvenir. Kalau nak makan ke, nak ngopi ke pun boleh jugak sebab ada coffee shop & restaurant. Aku awal2 tu macam nak try makan eskrem kat sini sebab ramai yang dok amik gambo eskrem with Fuji at the background. Tapi bila dah sejuk beku ni, mmg idok la. Nak keluarkan tangan dari poket pun tak larat dah.



Cuaca agak mendung so gambar pun jadik sedikit sendu.






Lepas tu kitorang amik bus ke stop 11 untuk naik Pleasure Boat.


10 comments:

  1. Cantiknya gunung Fuji. Dari mana-mana arah pun tetap kukuh segak bergaya. ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tak puas tengok. view tetap cantik dari mana2 angle

      Delete
  2. Wow! Mount Fuji looks so majestic! :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat! tu pasal asyik nak repeat pi sini jer

      Delete
  3. puas tengok Mount Fuji macam ni..cantikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas sangat kali ni, trip yg sangat berbaloi

      Delete
  4. For info, express bas ke Kawaguchiko pun ada service yang boleh naik bersebelahan Akihabara Station (depan Yodobashi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the info bang.
      next time boleh consider taking the bus from akiba pulak.

      Delete
  5. ya Allah cantiknya !!! memang ikut rezeki kan pasal Mount Fuji tu. kawan duduk 2 hari gak x nampak nampak. kabus je. pulang dengan hati sendu katanya. cantik2la gambar. tengok gambar je sengih2 dah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki kitorang kot, lagipun pegi in winter, chances untuk nampak fuji lagik tinggi

      Delete