Nuffnang Ads

January 03, 2019

Japan Winter 2018 : Departure & Arrival



Trip ke Jepun kali ni adalah trip aku yg ke empat, second for my brother and first for my little sister. Dengan ini jugak maka cukuplah aku merasa ke semua empat musim di Jepun. Akan tetapi tahun ni winter came late kat Jepun jadiknya banyak tempat masih takde snow. However we managed to witness 2 kali snow fall, sekali kat Kawaguchiko and lagi sekali kat Takayama. Sejuk adalah mmg tahap gaban. Paling sejuk kat Kawaguchiko which was around -4.7c. The rest semuanya almost freezing point. Malam2 nak tido mmg struggle jugak la sebab heater tak cukup panas. Ni masalah sejagat orang2 dari negara tropika kot hehehehe.

Oklah enuff with the ramblings. Marilah kita start with the travelog. Please bare with lots of photos in each entry.

Note : Gambar semua dari multiple cameras - Sony a6000, Olympus EPL6, Olympus TG860, Canon Ixus, Samsung S6 Edge, iPhone


8 Dec 2018 - Departure day

Kitorang parking kete kat Putrajaya Sentral. Sampai situ around 5pm, berpusing2 jugak mencarik parking spot. Kebetulan pulak haritu ada demo ICERD kat KL makanya orang parking kete melimpah2 sampai keluar bangunan parking. Nasib baik jumpa jugak satu parking spot lepas naik ke level P1.

Menapak ke dalam bangunan Putrajaya Sentral untuk amik ERL ke KLIA. Beli tiket kat ticket kiosk dapat harga RM8.50 per person one way. Kalo beli kat kaunter, harga RM9.40. Ada jugak sedikit penjimatan di situ.



Kali ni kitorang ala2 travel lite gitu sebab nanti akan banyak turun naik bas & train. Masing2 bawak luggage kecik jer.

Sampai kat KLIA, aku pegi pickup pocket wifi dulu. Untuk trip ni, aku book Samurai Wifi. Dapat harga promo masa MATTA Fair haritu. Harga untuk 8 hari adalah RM136 untuk unlimited data and on sharing basis for up to 5 devices. Booking was done in November tapi payment aku buat 2 hari sebelum pickup date. Pickup point adalah kedai Hotlink kat Arrival Hall.



Pickup process simple jer. Bagi proof of booking and payment, pastu terus dapat device. Adik kat kaunter tu on kan pocket wifi tu and suruh kita test to connect to the device. Dah dapat connect tu, then settle. Kalau ada apa2 masalah dengan device, diorang ada bagi satu number untuk di contact. Alhamdulillah sepanjang kitorang kat sane, pocket wifi tu berfungsi dengan jayanya. Connection mmg tiptop.


Plus point utk pocket wifi ni adalah power plug mmg yg fit japan punye power socket. So senang nak cucuk kat mana2 power socket , takyah nak guna travel adapter sendiri.

Lepas tu kitorang naik ke departure hall and pegi wrap luggage dulu. Ni first time aku bawak luggage jenis hard case so agak risau takut pecah. Jadiknya spend lah RM13.15 untuk wrap. Bila ntah dah naik harga ni. Last time seingat aku harga RM10 jer.

Free gift from Citibank sebenarnye huhuhu


Around 7pm, aku dapat SMS dari MAS yang check-in counter untuk flight ke Narita dah bukak. So kitorang proceed untuk drop luggage. Boarding pass semua dah print sesiap sebab kitorang dah buat web check-in 2 hari sebelum flight.

Walaupun tiket dibeli dalam satu booking, seat allocation adalah sangat tak membantu. Kitorang dapat seat tepi tingkap tapi in 3 consecutive rows. Hahahaha tah hapa2. Even masa buat web check-in tu pun dah tak banyak seat yang available untuk ditukar so kitorang stick to the allocated seat je lah.


Antara sebabnya kitorang tak beriya sangat nak tukar seat adalah kerana kitorang dapat duduk kat upper deck. Flight ke Narita malam tu adalah flight A380. First experience for all of us so masing2 agak excited nak naik the big bird.

Sempat makan dulu kat Burger King sebelum menuju ke departure gate. Aku ni dah lama tak makan fast food, jadiknya agak terkujat tengok harga set meal kat BK tu. Ya allah mahal bebeno dah skang yer. Nak2 plak kat airport, lagik la bertambah2 mahal.

Settle makan, terus gerak pi departure gate. Malam tu ramai pulak org nak terbang. Queue kat security panjang berjela. Pastu kat passport autogate pun panjang gak. Nak naik train pi gate C lagik la crowded yg amat.




Naik kat gate C12, nun kat hujung sana. So menapak agak jauh.



Agak lama menunggu sebelum boarding. Dah lama tak terbang dari KLIA so tak tau plak skang dah ada lagi satu security check sebelum masuk ke dalam departure gate.



Boarding ikut zone, so kitorang kat zone B antara passenger yang paling lambat masuk. Dok upper deck kene jalan sampai hujung plane pastu ada tangga naik ke atas. Tak sempat nak amik gambo time ni.

Selimut yang sangat comfy

Ada usb port tapi yg dekat seat adik aku , usb port dah kong. Passenger tepi aku punya pun dah kong.

Take-off agak lambat sket. 40 minutes after take-off, dapat light snack.


Rasa biasa2 jer roti filled with curry tu. Tak dapat nak abiskan, so aku tapau masuk beg. Mata dah ngantuk tapi nak jugak layan IFE. Sempat lelap kejap pastu ada la 2-3 kali turbulence yg agak kuat. Aku ingat flight beso gedabak ni, takde la rasa sangat turbulence kan. Ehh rupanya tidak yer. Sama je rasa goyang2 turun naik segala. Pastu cuba jugak untuk tido, dapat la jugak lelap dalam sejam kot. Tu pun aku stress sebab screen IFE kat seat aku takleh nak off.

2 jam sebelum landing, diorang serve breakfast. Aku amik beef meal. Adik aku amik nasik lemak. Ok meal yg aku amik tu sedap.

Aku punye breakfast

Nasi lemak

Disebabkan kitorang dok seat belah kiri, jadiknya takde la nampak sunrise.


Masa descending nak landing, mmg rasa skeri jugak. Descending yang agak menjunam gitu.


Smooth sangat landing kali ni. Kudos to the pilot. Selamat tiba kat Narita around 7am.


Snap jugak sekeping gambo sebelum keluar


Lupa dah turun kat gate mana tapi jauh jugak la menapak utk sampai ke immigration counter. Sempat singgah toilet segala dulu.


Queue kat immigration pun ramai jugak. Sistem diorang skang dah lain sket. Kalo dulu, pegi kaunter then scan passport and amik fingerprint, then settle. Tapi kali ni akan ada 2 kali queue. Memula queue untuk scan fingerprint saja. Abis amik fingerprint, then queue untuk pegi kaunter scan passport pulak. Agak kelam kabut sebab passenger mcm tak berapa peka kat mana nak queue segala. Kitorang settle semua lepas 30 minit kot. Agak cuak jugak sebab takut kene tanya macam2. Sebab dah banyak kes org pegi korea/jepun yang kene question dek immigration pastu kene denied entry kan. So untuk trip ni aku dah prepare macam2. Siap paksa adik2 aku baca itinerary betul2, remember mana nak stay, mana nak pegi on sekian sekian hari kekekekeke. Itinerary, hotel bookings, bus tickets, return flight ticket, semua pegang sorang satu copy. Alhamdulillah semua smooth je. Takde apa2 soalan pun ditanya.

Settle bab immigration, kitorang turun ke bawah untuk amik luggage. Tak lama menunggu, dah nampak kelibat beg masing2. Amik beg pastu check kot2 ada rosak ke hapa. Aku risau dengan beg aku tu sebab beg kotak ni mudah sket nak pecah. Seb baik takde apa2. Ok now come the last part sebelum kita boleh wish ourselves 'Welcome to Japan'. Huhuhu.

Last sekali, baggage check sebelum masuk ke arrival hall. Hahahah ok disini kitorang takde luck. Masa dok beratur tu aku dah perasan ramai yang kene bukak beg untuk check segala. Tapi ada one couple depan aku dengan beg gedabak  masing2 elok je tak kene. So aku rasa kitorang pun bakal terselamat sebab kitorang bawak luggage size cabin je tau. Berat tak sampai 10kg pun masing2 nih haa. Tapi nampaknya luck was not on our side. Sampai turn kitorang, dan2 diorang mintak bukak beg. All 3 of us ok. Dah la aku punye wrapped baik punya kan. Seb baik yang aku punye diorang tolong guntingkan wrap tu. Dah bukak beg, diorang seluk2 bahagian bawah je. Takde la nak belek baju bajan satu2. Alhamdulillah takde apa2 yang mencurigakan diorang. Kitorang mmg bawak baju minimal + makanan sikit sorang je. Tu pun makanan yang dah commercially packed (read: Mamee cup + sambal bilis dalam botol brand Tean's Gourmet + roti gardenia satu bungkus ). Aku redho je kalo diorang amik buang roti tu sebab takut takleh wat masuk ke kan. Tapi nasib baik lah takde apa2 pun. Diorang tunjuk gambo barang kemas ( gold jewelleries ) pastu tanya kot2 kitorang ada pakai, sebab itu pun kene declare jugak. Sememangnya mmg tidak la nak pakai gelang rantai emas time travel kan. Finally we are cleared. Fuhhh, berpeluh ok. Akhirnya keluar ke arrival hall dengan rasa lega. Horey we are here at last!.

Arrival hall yang sesak dan crowded. Tak banyak seat. I miss Incheon's arrival hall yang happening itu T___T

First in my list, aku nak kene beli Tokyo Subway 24-hour Ticket. Kitorang akan guna ticket ni untuk jalan2 dalam Tokyo hari ni dan hari last nanti. Dekat arrival hall ni, boleh beli kat Keisei Bus Ticket counter.

Aku beli kat kaunter nun hujung belah kiri yg ada banner Tokyo Subway Ticket


Harga 24-hour ticket ni 800 yen. Valid untuk 24hours. Valid on Tokyo Metro & Toei Subway. Tak valid untuk JR Line yer. More info boleh baca kat sini:

https://www.tokyometro.jp/lang_en/ticket/value/travel/
https://www.tokyometro.jp/en/ticket/travel/index.html

24-hour ticket ni berbaloi kalo korang nak travel naik subway more than 3 times within 24 hours. Untuk trip ni, aku dah wat kira2 dan mmg lagi jimat for us untuk amik 24-hour ticket ni dari pakai normal ticket using Pasmo. Jimat by few hundred yen sebenarnya. Mmg berbaloi2. Untuk check harga subway, kitorang mmg 100% rely on www.hyperdia.com.

And harus diingatkan when it says 24-hour, maknanya mmg 24 jam yer. Let say start pakai harini on 9am, ticket ni akan valid sampai besok pagi 9am.

Expiry date and time akan diprint dibelakang card lepas masuk dalam fare gate for the first time

Abis beli ticket tu, kitorang dok kat tepi jap amik nafas sesambil on kan Samurai Wifi. Once dah connected, marilah kita ramai2 update the socmed huhuhu. Tetiba datang sorang airport staff and check beg aku. Dia tanya naik MAS kan? Pastu dia tanya aku confirm ke tu beg aku? Aku macam, ehhh mmg la kompom. Dan siap kene bukak beg segala tadik kan. Pastu dia cakap ok and sorry. Katanya ada passenger beg kaler & size sama macam aku and beg tu hilang. So diorang dtg check all passengers naik MAS untuk double confirm. OK la good effort from them. Gigih nya lahai nak jejak passengers sampai ke arrival hall kan.

Sebelum amik train ke Tokyo, kitorang pi toilet jap freshen up pastu turun bawah ke B1 untuk ke train terminal. Macam trip2 aku yg lepas, kitorang akan stay kat Asakusa. Naik Sky Access train direct ke sana. Harga tiket masih lagik 1,290 yen. Ticket ni beli kat Keisei Ticket Counter.



We missed the 9:22am train. So kene tunggu next train at 10:07am. Singgah jap kat Family Mart opposite Keisei counter beli onigiri.




Kitorang sampai Asakusa after 1 hour train ride. Memula sekali nak letak beg kat hotel. Kitorang stay kat APA Hotel Asakusa Kaminarimon. Keluar kat exit A4 Asakusa station pastu menapak sket untuk sampai ke hotel.


Exit A4 Asakusa station

Jenuh la kitorang angkut beg naik tangga. Belom apa2 ahkak dah penat. Keluar je dari subway station, ya rabbi sejuk nak matey.

Menapak lenggang kangkung tak sampai 5 minit dah sampai depan hotel


Sampai kat hotel, ingatkan nak letak luggage je dulu. Rupanya diorang cakap boleh proceed dengan check-in prodecure and payment cumanya bilik tak ready lagik until 3pm. Aku pun terus buat payment segala and tinggalkan beg kat situ. Kitorang nak gi jalan2 kat Asakusa jap sesambil mencarik lunch.

8 comments:

  1. Comel ja kartun nun atas tu. Masuk sini je dah rasa macam dah samapi jepun. Bestnya

    ReplyDelete
  2. comelnyaaa gambar yang first tu.. !! macam mana buat macam tu ? kiyoot ehe..
    seronok baca dalam perancangan Tokyo tapi tak tahula bila masanya nak pergi. baca2 sajalah dulu kewangan pun krik krik..
    part2 jimat2 tu cheq suka. Jepun ni rasa pening juga banyak sangat pass nye kan. kena hadam betul2.
    nak tnggu citerr Shirakawa-go. tu paling tingin nak pergi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar yang first tu dari Volo app, ala2 mcm travel journal, try la nanti
      hehehe mmg pi jepun ni agak $$$, jenuh dok godek itinerary nak kasik jimat
      ala kitorang takde luck la dengan Shirakawago ... no snow on the day we went, yg buat lagik frust, it was snowing the next day, huhuhuh T___T

      Delete
  3. Saya macam perasan juga sebelum ni kalau midnight KLIA memang sesak gila. Segala queue akan panjang gila dekat mana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu, nak2 pulak time cuti sekolah kan

      Delete