Nuffnang Ads

January 22, 2019

Japan Winter 2018 : Day 2 - Kawaguchiko Station Inn & Fuji Tempura Idaten

Sampai kat Kawaguchiko station, kitorang terus menapak ke hotel untuk check-in. Kali ni aku stay dekat Kawaguchiko Station Inn. Lokasi betul2 kat depan Kawaguchiko station.



Aku amik bilik Japanese triple room with shared bathroom. Harga untuk 2 malam = 24,600 yen. Bayar cash dan takde mintak deposit pun. Aku tak sure samada boleh bayar pakai credit card ke tidak. Staff kat sini mmg bleh converse in english so senang nak berkomunikasi.
Settle bayar, terus dapat kunci & towel. Kitorang dapat bilik kat tingkat 3, bilik no 313. Unfortunately, kat sini takde lift. Tapi yang bagusnya, beg2 kitorang semua diorang nak angkut bawak masuk bilik siap2. Servis mmg terbaek lah.


No shoes allowed macam biasa, so ada tempat untuk simpan kasut kat depan entrance. Pastu please help yourself with the slippers provided.


Beg semua dah diangkut masuk bilik




Bilik mmg spacious. Selesa untuk bentang 3 futon.
Dan yang paling bestnya adalah bilik kitorang facing mt.Fuji. Layan betul tengok fuji ni.




Ada yukata dengan bath towel untuk dipakai pi onsen


Ada green tea provided dalam bilik


Jauh perjalanan remote tv ni

Heater manual camnih. Letak dekat medium dah ok.

Bilik ni ada 2 pintu. Satu main door , another one is the sliding door. Untuk mengekalkan kepanasan dalam bilik, sliding door tu kene tutup jugak all the time. Kalau tak tutup, mmg sejuk manjang.

Dekat sini toilet & shower room separate. Kat tingkat 3 ni ada toilet jer. Shower room kat tingkat 4.





Dekat tingkat 4 ada tempat untuk laundry. 


Shower room ada 2 je



Dan yang paling bestnya, kat sini ada onsen.


Masa aku masuk ni kebetulan takde org, so dapat la snap2 pics.


View dari onsen ni sangatlah marveles. 


Dekat basement ada lounge & pantry. Kitorang tak sempat nak lepak sini.





Satu je yang tak berapa best kat sini, takde microwave, takde dapur. So nak masak2 mmg payah la. 
So malam tu kitorang keluar pi makan tempura. Nama kedai ni Fuji Tempura Idaten. Menapak tak sampai 5 minit dari Kawaguchiko station.



Kedai ni takde la kecik sangat tapi masa kitorang pegi tu, tengah full house. Terpaksa share table dengan other customers.

Ni masa dah nak abis makan, kosong dah kedai

Main menu kat sini adalah tempura. Pastu boleh add-on nasi, miso sup, udon,soba semua.



Kitorang amik dua assorted tempura set Yasai-Ten + 1 set Ida-ten. Pastu masing2 add-on nasi + miso sup.
Lepas order, diorang akan bagi kita mangkuk nasi dengan mangkuk sup. Pastu kene self-service pi amik nasik & miso sup. Dua2 ni free refill. 


Tak lama lepas tu, tempura sudah siap digoreng. Sedapnya lahai makan panas2. Kitorang sikit punya tembolok besar semua amik nasik satu mangkuk penuh. Layan sangat bila makan dengan miso sup yg amat sedap itu. Aku siap refill dua kali miso sup tu. Sedap wehhh.

Ni aku punya tempura, semua veggie.

Adik aku amik yang ada globe fish + egg

Harga not bad la


Dekat kedai ni jugak ada jual air coke dalam slim bottle ni versi Mt. Fuji. Teruja tengok tapi nasib baik tak beli kat sini. Sebabnya bila tengok kat vending machine depan Kawaguchiko station, air ni harga 150 yen saje huhuhu.

Sebelum balik bilik, kitorang singgah 7-11 jap beli makanan untuk besok pagi.

Lampu2 depan Kawaguchiko station

Malam tu dah makin sejuk

Layan cekelat sesambil tengok tv

Malam tu takde apa2 aktiviti lain dah selain layan tv. Aku rasa by 9pm semua dah tergolek bawah comforter.

End of day 2.

7 comments:

  1. aaaa rasa nak pergi jugaklaaa macam mana ni ? tabong kering kontang !! onsen tu kalo dok sorang2 layan gilee dala view sumpah lawa and rare. mana nak dapat mandi2 onsen haaaaa layan view Mount Fuji. haaih.. tergoda da ni. tabahla daku menabong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih bertabahlah menabung
      view dari onsen tu mmg wow sangat

      Delete
  2. jadinya berendam dalam onsen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat berendam atas sebab2 yg tak dapat dielakkan huhuhu

      Delete
  3. syok plak tengok made in malaysia tu, hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kitorang pun mcm terexcited kejap hehehehe

      Delete
  4. Tu mesti buatan kilang jepun di malaysia. Syioknya hotel ngadap mt fuji....hari2 dok ngadap pun best.

    ReplyDelete