Nuffnang Ads

October 09, 2019

Runcation Utara : Day 1 - Ke Sungai Petani


Solo runcation masa long weekend Hari Malaysia bulan lepas. Tak sangka plak tahun ni jerebu teruk so terus lah amik kesempatan utk keluar dari KL mencari udara segar. Seb baik kat Sg. Petani ni jerebu tak brape nak teruk sangat walaupun IPU masih above 100.

Dari KL, aku amik bas ke Sg. Petani. Naik kat TBS macam biasa. Harga tiket RM39.60.



Masa kat TBS ni ada satu kejadian yg tak penah jadik kat aku. Aku tertinggal purse!!! Kisah nya aku dah turun kat gate tempat amik bas, carik seat and aku pun keluarkan camera nak amik gambo kat atas tu, pastu ntah cemane tak perasan purse aku terkeluar sama. Dok kejap ehh tetiba bas dah sampai, so aku pun siap2 masukkan camera dalam beg and purse tu aku tak terambik pun. Tiket bas mmg dah siap pegang kat tangan so terus capai bekpek and slingbag and stret je pi kat gate. Scan tiket pastu terus naik bas.

Nasib baik lah bas sampai agak awal and ada masa agak lama utk gerak. Aku dah rilek2 dalam bas pastu tetiba terlintas nak check purse. Seluk2 dlm slingbag takde, dalam bekpek takde. Aaahhh sudah. Tetiba tingat masa aku tengah queue nak scan tiket tadik, ada sorang bangla ni dengan beg besor tetiba dtg sondol2 tepi aku mcm tak sabo2 nak pi tempat scan tiket tu. Aku pun macam aahhh sudahh, aku kene pickpocket kah? Berderau dah nih. Pk2 balik, eeh ke aku tertinggal kat atas kusi??? Terus aku turun cecepat pastu pi balik tempat aku nunggu bas tadik. Ya allahh nasib baik lah purse aku masih ada kat situ. Lega sangat2 rasanya. Aku rasa nak sujud syukur kat situ jugak T___T. Kalau lah hilang tadik, mmg semua gone lah. Cash, cards, and dengan passport sekali ada dalam tu huhuhu. Syukur sangat Allah gerakkan hati aku utk check cecepat. If not, sampai ke Sg. Petani la aku dengan duit takdok skepeng ni. Hadoiii lesson learned sangat nih.

Dah dapat semula purse, terus naik semula bas dengan perasaan sangat lega. Bas gerak on time kul 8.30am.



Jerebu sepanjang jalan sampai dah masuk Kedah baru la clear sket.


Sampai Sg.Petani dalam kul 2pm++ . Bas berenti kat Terminal Bas Ukir Square, bangunan yg sama dengan UTC Sg. Petani.
Turun bas, seberang jalan pastu amik pedestrian flyover untuk cross railway nak pegi to the otder side of town Sg. Petani.

Stesen KTM Sg. Petani

Disebabkan dah kul 2pm lebih, aku decide nak pi check-in dulu sebelum pi amik racekit. Menapak tak sampai 10 minit, aku sampai kat SP Sentral Hotel.




Aku suka hotel ni sebab murah and yet bersih pastu facilities semua ok. Lagi pulak location mmg betul2 kat sebelah tempat running event nanti. Cun sangat lah. Harga semalam RM79.20. Masa check-in kene bagi deposit RM50. Booking was done via Booking.com.

Sempat baring2 kejap sebelum aku kuar semula nak pi amik racekit. Perut dah rasa lapar yg amat time ni.

 Racekit collection adalah dekat parking lot Dataran Jam Besar


Landmark cantik kat Dataran Jam Besar

Jam Besar Sg. Petani

Aku dah berkira2 nak gi The Store nun kat hujung jalan sana kot2 lah ada fast food ke apa. Pastu tetiba aku ternampak ada satu kete familiar masuk ke tempat amik racekit tu. Aku tengok je dari jauh kot2 tuan punye kete tu dtg dengan geng2 dia, aku akan buat2 tak nampak je lah hahahaha. Sekali tengok macam dia sorang2 je. So terus lah aku pi lambai2 kat mamat runner itu. Dia macam, eehh tak sangka jumpa ko kat sini. To cut the story short, weols terus pi carik lunch.

Pusing punye pusing, last2 masuk kedai nasik kandar.




Kebetulan plak kawan tu pun stay sama hotel dengan aku, so lepas makan teruslah balik hotel.


Petang tu aku keluar balik ronda2 pekan Sg. Petani.


Antara bangunan oldschool kat sini


Ibu pejabat polis 



Bangunan lama yg dah deserted

Pastu aku saja jenguk2 stesen KTM.



Komuter Utara ke Padang Besar baru sampai 

Hotel Seri Malaysia just opposite KTM station 


Malam tu kitorang keluar makan kat LeBoss Restaurant.


Kedai western food tapi aku tetaplah nak kene makan nasik. Besok nak lari kan, perut iols kene masuk nasik baru bleh berlari dengan aman.



Nasi goreng kampung. Besar portionnye. Ayam banyak, tak dapat aku nak abiskan.

Abis makan, cecepat balik sebab masing2 nak kene rest utk besok. Run start awal sesudah subuh gituh.


End of day 1.

1 comment:

  1. Allahuakbar...Allah jaga purse Azra dan bagi Azra ingat time tu jugak....alhamdulillah semuanya selamat...

    ReplyDelete