Nuffnang Ads

October 11, 2019

Runcation Utara : Day 2 - Race day & off to Hatyai

Hari ni race day. Aku bangun agak awal sebab flag off kul 6:25am. By 6am dah ready turun dari bilik pastu menapak ke tempat event. Alah seberang jalan je pun.

Utk kategori 12km, tak ramai sangat participants. Few hundred je, dah tu ramai bebudak skolah. Utk HM, boleh tahan meriah.
Flag off on time. Cuaca agak mendung pagi tu. Half way dah start bunyik guruh, langit pun dah start gelap.


Route mmg best, flat all the way. Masuk jalan kampung, lari tepi sawah sesambil ngelak taik lembu kat atas jalan ^_^'


Hujan start turun dengan lebat lepas km7. Mmg lencun all the way sampai ke fl.


Berjaya tamatkan 12km within 1jam39mins. Pace 8 mcm biasa. Hujan mmg non-stop pagi tu. Dah dapat medal & goodies, pi beratur amik air milo dalam hujan lebat tu. Lepak kejap kat Dataran Jam Besar sesambil borak dengan kawan sorang tu. Pastu weols balik ke hotel. Dah tak larat nak berhujan.

Singgah makan breakfast kat hotel.


Abis breakfast, we bid our goodbyes and masing2 balik bilik.
Kul 12noon, aku terus check-out.

Last few pictures sebelum menapak ke stesen KTM Sg. Petani





Dari Sg.Petani, aku amik komuter ke Padang Besar. Harga tiket RM7.40 utk MyKad holder.




Komuter sampai on-time jugak. Tapi mak aii penuh & meriah dengan penumpang. Journey dari Sg.Petani ke Padang Besar adalah 1.5hours. Setengah jam lebih aku kene berdiri sebab train sangat full. Masak kaki. Dengan penat tak ilang lagik sebab berlari pagi tadik T___T.


Lepas stesen Anak Bukit barulah ada seat kosong, dapat lah aku nyelit.
View dari dalam train sangat scenic sebab lalu tepi sawah pagi. Tapi too bad lah jerebu dimana2. Dengan cermin train mcm tak berbasuh setahun. Terus takde mood nak amik gambo.


Train sampai kat Padang Besar around 2:16pm. By the time sampai kat Padang Besar, passenger train dah tak ramai.
Train sampai kat Platform 2. Turun train, masing2 yg nak ke Hatyai terus pegi beratur nun kat hujung Platform 2 sana untuk beli tiket train ke Hatyai plak. Tiket kaunter bukak pukul 2:30pm waktu mesia so just nice lah timing nya.


Nampak train EO ni berenti kat platform sebelah. Berangan je lah nak naik luxury train camnih.


Kaunter tiket Thailand Railway bukak ngam2 kul 2:30pm. Queue tak panjang sangat so aku amik masa around 10mins je kot utk beli tiket. Harga tiket 50 baht / RM7. Boleh bayar in RM or Thai baht. Dua2 currency diorang terima.

Departure & arrival time tu ikut waktu Thailand

Dah beli tiket ni, bermula lah sesi menunggu. Serius lama. Rasa serik pun ada. Memula tunggu dapatkan arrival card. Patutnye depa ni bagi terus masa beli tiket. Ni tak, kene tunggu org distribute plak. Dapat arrival card, then kene tunggu kaunter imigresen both countries bukak. Which diorang akan bukak bila train dari Hatyai sampai. Kiranya bila train dari Hatyai sampai station, passengers dari Hatyai turun train masuk imigresen thailand & mesia dulu. Settle diorang semua then baru passengers dari Padang Besar boleh masuk both imigresen and terus masuk train yg sampai tadik.
Panjang betul process nak naik train pi Hatyai ni. Punye la lama nunggu sampai aku siap bleh tertido2 kat kusi tepi platform tu. Penat weh.

Pukul 4.50pm baru dapat naik train. Yeahh, so much for departure kul 15:40 :<


Train ke Hatyai ni sangat classic. Ada kipas kat siling lagik. Dengan tingkap bleh tolak ke bawah. Reminds me of local train yg aku naik kat Jepun masa dari Toyama ke Takayama.


Train gerak kul 5:25pm. Ramai jugak passengers pi Hatyai petang ni.



Train stops few times along the way.

 One of the stops


Dah masuk Hatyai town 


Finally sampai kat Hatyai Junction around 6:05pm. Kejap je kan naik trainnya.



Dah banyak kedai halal kat dalam train station ni

Keluar dari station, aku menapak ke hostel yg aku dah book. Tak jauh mana pun, dalam 10mins menapak gitu jer.


Ada Moon Festival kat sini. Part of the main road diorang tutup for the festival.


Aku check-in kat Hatyai Dee Hostel. Hostel murahan je nih, 500baht for 2 nites. Masa check-in diorang mintak 100baht for deposit. It's a muslim friendly hostel. Ada restaurant halal kat belah bawah.



Dapat katil atas. Gigih la nak manjat kan. Tapi akak receptionist tu cakap besok tengahari boleh pindah dok katil bawah sebab nanti org kat bawah tu akan check out besok pagi.

Letak beg dalam bilik, aku terus keluar carik dinner. Lapar yg hamat dah nih.


Ada banyak gerai dekat jalan seberang hostel. Nampak jugak ada beberapa kedai bertanda halal tapi gerai kat sini bercampur aduk between yg halal & tak halal. Waswas disitu.





Last2 aku terjah Kelantan Restaurant. First thing aku nak makan adalah tomyam siam huhuuhuhu




Order tomyam campur, nasi putih & air mineral. Mmg kaw lah tomyamnye. Antara yg tersedap bagi aku. Harga pun tak mencekik darah. Recommended sangat. Harga semua sekali 125baht. Speaking klate sket masa nak bayar, terus dapat discount 5 baht huhuhu ^_^

Abis makan, aku menapak ke tempat happening kat depan Lee Gardens Hotel itu.

2 comments:

  1. Power betul lepas marathon boleh travel lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang2 dah kat utara kan, tu yg terus jjcm ke hatyai

      Delete